11-04-13
Di Taman Tema Dreamland, Seoul…..
“Apa punya kawan la! Kata nak jumpa pukul 7pm, ni dah dekat pukul 8pm masih
tak nampak batang hidung. Aiz, karang aku bagi sepakan penjuru nanti, baru
tau!” Hana merungut sendiri.
“Hoi, Hana! Hehehe… sorrylah, lambat sikit. Ada urgent tadi.” Ujar
Myungsoo sambil menggaru-garu kepalanya yang langsung tak gatal. Sempat juga
dia tersenyum sengih ke arah Hana yang dari tadi muram.
“Urgent apanya? Dahlah hari ni birthday aku, kau pula buat lawak
malam-malam macam ni. Siap senyum kambing pulak….. Ingat comel ke kau buat
macam tu?” leter Hana sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dalam hati, dia
tersenyum riang. ‘Whooosh, gila kau tak comel! Nak terlompat aku rasanya!’
Myungsoo
mengusap kepala Hana. “Ok, aku minta maaf sekali lagi. Dah, jangan marah lagi. Jom
kita main puas-puas! Sempena hari jadi kau yang mulia ni, kita berdua akan
kembali menjadi budak-budak balik. Yes!” soraknya. Meskipun gelagatnya itu
diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang, Myungsoo tetap selamba.
“Ada-ada saja kau ni, Myungsoo”
Hana dan
Myungsoo menghampiri permainan ‘carousel’.
“Wei, ni untuk budak kecil saja. Kita mana boleh naik!”
“Lantaklah…. Kan kita dah jadi
budak-budak balik.” Ujar Myungsoo sambil menguntum senyuman riang. Dia lantas
menarik Hana.
Beberapa minit kemudian, setelah selesai….
“Myungsoo,
aku nak main dekat situ. Yang boleh menang teddy bear tu!” pinta Hana sambil
menarik-narik lengan baju Myungsoo.
“Tak
nak! Kita naik ‘roller coaster’ dulu!” ujarnya lalu terus menghampiri stesen roller
coaster. Dengan penuh kehampaan, Hana menyusuli kawan baiknya itu.
“AAaaahhhh!”
jerit Hana ketika menaiki roller coaster yang berkelajuan 100km/j.
“Daebak….”
Sorak Myungsoo pula tanpa mempedulikan jeritan Hana yang bagaikan terkena
histeria.
Tidak lama kemudian…..
“Ha ha ha…”
Myungsoo ketawa besar.
Hana dengan rambutnya yang kusut-masai, melempar jelingan
tajam ke arah Myungsoo. Namun, itu sedikitpun tidak dapat mematahkan ketawanya,
malah semakin galak sehingga dia terpaksa menekan perutnya.
‘Geramnya aku…! Ni dah
melampau.. karang ada juga yang makan kasut nanti!’
“Dah habis gelak?”
Myungsoo menenangkan dirinya. “Dah. Tapi, rupa kau…”
sekali lagi tawanya terburai. Kali ini kesabaran Jung Hana sudah senipis kulit
bawang.
“Nak balik la!”
ugut Hana.
“Sorry! Hehe, tapi memang lawak rupa kau yang macam orang
meroyan ni.” Pujuk Myungsoo sambil merapikan semula rambut gadis tersebut. Buat
seketika, Hana terpaku.
‘Eh, apa yang dia buat? Kim Myung soo… orang yang paling
tak ada perasaan yang aku pernah kenal… tengah rapikan rambut aku balik!’
“Hah, siap! Ok, jom kita ke
lokasi seterusnya pula.”
“Oh…. Ok.” Jawab Hana.
*****
“Ah! Myungsoo…….” Jerit Hana lalu terus memeluk Myungsoo
sambil memejamkan matanya.
‘Apa yang
seronoknya rumah hantu, hah? Menakutkan betul.’
Myungsoo tersenyum nipis. “betul-betul takut, ke… sengaja
nak ambil kesempatan?” sindirnya.
Hana
segera melepaskan pelukannya. Dia terus memalingkan wajahnya daripada memandang
Myungsoo.
“Apasal? Malu
ke?” tanya Myungsoo dengan nada ejekan.
Hana mengetap bibir sambil
menahan rasa geram di hati. ‘Myungsoo ni kan…. Baru kejap tadi dia baik,
sekarang dah nakal balik. Nasib baik aku dah lama sukakan kau. Kalau tidak…..’
“Myungsoo…” Hana menoleh belakang
semula, kali ini pemuda itu sudah tiada.
Hana segera berlari keluar
dari rumah hantu itu. Dia berjalan di sekitar kawasan itu untuk mencari
Myungsoo tetapi kelibatnya tetap tidak kelihatan. Dadanya mulai sebak. Air mata
mula bergenang di kelopak matanya.
‘Mana dia dah pergi? Dia tinggalkan aku
ke? Takkan lah dia tersinggung sebab aku? Ah….. Kim Myungsoo.. kau kat mana?’
“Eh, ada apa ni?”
“Wah, tu INFINITE kan?” laung seorang
gadis yang berdiri di belakang Hana. Pada masa yang sama, muzik dimainkan dan 6
orang pemuda muncul lalu menari.
Mata Hana terbuntang. ‘Laaa…. Apahal diorang
semua ada kat sini pula? Tapi, kenapa cuma ada 6 orang? Mana Myungsoo?’
- Namjaga saranghal ttaeen
kkok hangsang
gyeote meomulmyeonseo neul
haejugo sipeunge cham manha
Sarange ppajil ttaen nae
sarmui modeungeol da jugoseo dan hana geu mamman barae
Sarange ppajil ttaen -
Myungsoo muncul dari bahagian tengah ‘group
idol’ tersebut sambil mengukir senyuman yang mampu mencairkan hati semua gadis
yang melihatnya. Serentak dengan itu, Infinite bersama-sma menyanyikan ‘ad-lib’
terakhir korus lagu Man In Love.
- Namjaga saranghal ttaen…-
Myungsoo berlari anak menghampiri Hana yang hanya berdiri kaku.
“Myungsoo.., apa semua ni?”
“Ah, ni…er…”
“Jung Hana, happy birthday!”
sorak Sungkyu, Woohyun, Dongwoo, Hoya, Sungyeol dan Sungjong dari jauh. Mereka berenam
mengukir senyuman riang.
Hana berasa sungguh terharu. ‘Gila
betul….. sanggup diorang buat semua ni untuk aku? Wah, bahagianya!’
“Te..terima kasih, semua.
Terima kasih.. sangat-sangat!” ucap Hana sambil menitiskan air mata
kegembiraan.
Gadis itu segera di tarik ke dalam
dakapannya. Myungsoo tidak peduli meskipun terdapat ramai orang yang sedang
melihat mereka.
“Aku betul-betul suka kau!” ucap
Hana.
“Aku pun.” Luah Myungsoo.
Orang ramai di sekeliling
berbisik antara satu sama lain sambil memerhatikan Myungsoo dan Hana. Ada juga
yang merakam gambar pasangan itu.
“Klik! Klik! Klik!”
*****
Tok! Tok! Tok!
Hana membuka matanya. Setelah
menyedari dirinya sedang terbaring di atas katil di dalam kamar tidurnya, dia
segera bangun dan membuka pintu.
“Morning! Tidur lagi ke cik adik..?”perli
Sungkyu sambil tersenyum.
Hana tersengih. “Baru bangun. Tadi Hana
dapat sweet dream tau!”
“Iyalah tu. Oh ya, pukul 7 nanti,
Myungsoo ajak Hana pergi Dreamland. Hana pergi, ok?” Sungkyu memandangnya
dengan penuh harapan.
Hana mengerutkan dahi. “Dreamland?
Myungsoo ajak? Kenapa?”
Sungkyu menjungkitkan bahunya. “Hana
pergi sajalah. Kan dia bestfriend Hana?”
“Ok.” Hana menutup pintu lalu
menuju ke almari pakainnya.
Sungkyu berlari masuk ke
dalam sebuah bilik yang lebih besar daripada semua bilik di rumah tersebut. Di situ,
ahli-ahli Infinite yang lain termasuk Myungsoo sudah lama menunggunya.
“Macam mana, hyung?” tanya
Woohyun.
“Hana setuju pergi sana ke
tak?”soal Hoya.
Sungkyu
memandang wajah mereka berenam satu persatu tanpa sebarang reaksi. Kemudian,
perlahan-lahan dia mengukir senyuman. “Hana akan pergi.”
“Yeah….” Yang lain bersorak kegembiraan
kecuali Sungyeol. Myungsoo pula awal-awal lagi sudah tersenyum sipu.
“Ini tidak adil! Lepas ni,
mesti Myungsoo asyik berkepit dengan Hana saja. Siapa nak temankan aku nanti?”
Sungyeol tiba-tiba menyuarakan rasa hatinya.
“Jangan risau. Lemon candy kan ada…”
celah Sungjong, menyebabkan mereka semua ketawa besar.
*****
Hana
mengeluarkan pakainnya untuk dipakai lalu menutup pintu almari. Tiba-tiba, dia
teringat sesuatu.
“Myungsoo….? Dreamland…?”
“Hari
ini….. (melihat catatan tarikh pada skrin HP)
11 April 2013
Hana tersenyum lebar.
-THE END-

No comments :
Post a Comment