Hati, mengapa ia
Terlalu mudah disakiti,
Terlalu mudah dinodai,
Mudah dimungkiri
manusia.
Hati, mengapa ia
Mudah ditipu manusia,
Mudah ditipu akal,
Mudah ditipu nafsu diri,
mudah ditipu perasaan
yang tidak pasti.
Hati, ruang indah penuh
pengertian,
Tersingkap seribu satu rahsia,
Tidak mungkin terungkap
di bibir,
Rahsia tentang dirinya
ku pendam ini.
Setiap rahsia terpendam
ini,
Tiada siapa yang
mengerti,
Walau beribu kali ku
ungkapkan,
‘Aku sayang kamu’ .
Persahabatan terjalin
hampir musnah,
Hanya keranamu, sayang.
Hidupku musnah keranamu
teruna,
Hatiku hancur kerana
dinginmu.
Teruna idaman bukan
milikku,
Aku tidak sanggup
dilukai,
Walau ia bukan silapmu,
Aku tabahkan hati kerana
kesilapan hatiku.
Tatkala hatiku tertutup,
Dirinya hadir menyinar
hidupku,
namun, cinta yang ku
pendam
untuknya sebelummu telah
hilang.
Aku tabahkan diri demi
hatiku,
Yang menjerit sakit ini,
Lalu, ku tutup
serapat-rapatnya
Hatiku ini buat sang
teruna.
Namun, aku yakin
ketentuan ilahi,
Suatu hari nanti, akan
tertunai,
Segala perihku ini.


1 comment :
Greeaaatessssttttttt!!!!
Post a Comment