Man In Love

11-04-13
Di Taman Tema Dreamland, Seoul…..

                “Apa punya kawan la! Kata nak jumpa pukul 7pm, ni dah dekat pukul 8pm masih tak nampak batang hidung. Aiz, karang aku bagi sepakan penjuru nanti, baru tau!” Hana merungut sendiri.
                 “Hoi, Hana! Hehehe… sorrylah, lambat sikit. Ada urgent tadi.” Ujar Myungsoo sambil menggaru-garu kepalanya yang langsung tak gatal. Sempat juga dia tersenyum sengih ke arah Hana yang dari tadi muram.

                 “Urgent apanya? Dahlah hari ni birthday aku, kau pula buat lawak malam-malam macam ni. Siap senyum kambing pulak….. Ingat comel ke kau buat macam tu?” leter Hana sambil memeluk tubuhnya sendiri. Dalam hati, dia tersenyum riang. ‘Whooosh, gila kau tak comel! Nak terlompat aku rasanya!’

        Myungsoo mengusap kepala Hana. “Ok, aku minta maaf sekali lagi. Dah, jangan marah lagi. Jom kita main puas-puas! Sempena hari jadi kau yang mulia ni, kita berdua akan kembali menjadi budak-budak balik. Yes!” soraknya. Meskipun gelagatnya itu diperhatikan oleh orang ramai yang lalu lalang, Myungsoo tetap selamba.

                       “Ada-ada saja kau ni, Myungsoo”

    Hana dan Myungsoo menghampiri permainan ‘carousel’.

                        “Wei, ni untuk budak kecil saja. Kita mana boleh naik!”

                        “Lantaklah…. Kan kita dah jadi budak-budak balik.” Ujar Myungsoo sambil menguntum senyuman riang. Dia lantas menarik Hana.

Beberapa minit kemudian, setelah selesai….

         “Myungsoo, aku nak main dekat situ. Yang boleh menang teddy bear tu!” pinta Hana sambil menarik-narik lengan baju Myungsoo.

            “Tak nak! Kita naik ‘roller coaster’ dulu!” ujarnya lalu terus menghampiri stesen roller coaster. Dengan penuh kehampaan, Hana menyusuli kawan baiknya itu.

               “AAaaahhhh!” jerit Hana ketika menaiki roller coaster yang berkelajuan 100km/j.

            “Daebak….” Sorak Myungsoo pula tanpa mempedulikan jeritan Hana yang bagaikan terkena histeria.

Tidak lama kemudian…..

        “Ha ha ha…” Myungsoo ketawa besar.
Hana dengan rambutnya yang kusut-masai, melempar jelingan tajam ke arah Myungsoo. Namun, itu sedikitpun tidak dapat mematahkan ketawanya, malah semakin galak sehingga dia terpaksa menekan perutnya.

‘Geramnya aku…! Ni dah melampau.. karang ada juga yang makan kasut nanti!’

  “Dah habis gelak?”

Myungsoo menenangkan dirinya. “Dah. Tapi, rupa kau…” sekali lagi tawanya terburai. Kali ini kesabaran Jung Hana sudah senipis kulit bawang.

     “Nak balik la!” ugut Hana.

“Sorry! Hehe, tapi memang lawak rupa kau yang macam orang meroyan ni.” Pujuk Myungsoo sambil merapikan semula rambut gadis tersebut. Buat seketika, Hana terpaku.

‘Eh, apa yang dia buat? Kim Myung soo… orang yang paling tak ada perasaan yang aku pernah kenal… tengah rapikan rambut aku balik!’
                   
                  “Hah, siap! Ok, jom kita ke lokasi seterusnya pula.”
                   
                 “Oh…. Ok.” Jawab Hana.

*****

“Ah! Myungsoo…….” Jerit Hana lalu terus memeluk Myungsoo sambil memejamkan matanya.

         ‘Apa yang seronoknya rumah hantu, hah? Menakutkan betul.’
Myungsoo tersenyum nipis. “betul-betul takut, ke… sengaja nak ambil kesempatan?” sindirnya.

            Hana segera melepaskan pelukannya. Dia terus memalingkan wajahnya daripada memandang Myungsoo.

      “Apasal? Malu ke?” tanya Myungsoo dengan nada ejekan.

Hana mengetap bibir sambil menahan rasa geram di hati. ‘Myungsoo ni kan…. Baru kejap tadi dia baik, sekarang dah nakal balik. Nasib baik aku dah lama sukakan kau. Kalau tidak…..’

        “Myungsoo…” Hana menoleh belakang semula, kali ini pemuda itu sudah tiada.

Hana segera berlari keluar dari rumah hantu itu. Dia berjalan di sekitar kawasan itu untuk mencari Myungsoo tetapi kelibatnya tetap tidak kelihatan. Dadanya mulai sebak. Air mata mula bergenang di kelopak matanya.

      ‘Mana dia dah pergi? Dia tinggalkan aku ke? Takkan lah dia tersinggung sebab aku? Ah….. Kim Myungsoo.. kau kat mana?’

      “Eh, ada apa ni?”

      “Wah, tu INFINITE kan?” laung seorang gadis yang berdiri di belakang Hana. Pada masa yang sama, muzik dimainkan dan 6 orang pemuda muncul lalu menari.

    Mata Hana terbuntang. ‘Laaa…. Apahal diorang semua ada kat sini pula? Tapi, kenapa cuma ada 6 orang? Mana Myungsoo?’
         

Namjaga saranghal ttaeen kkok hangsang
gyeote meomulmyeonseo neul haejugo sipeunge cham manha
Sarange ppajil ttaen nae sarmui modeungeol da jugoseo dan hana geu mamman barae
Sarange ppajil ttaen -

 Myungsoo muncul dari bahagian tengah ‘group idol’ tersebut sambil mengukir senyuman yang mampu mencairkan hati semua gadis yang melihatnya. Serentak dengan itu, Infinite bersama-sma menyanyikan ‘ad-lib’ terakhir korus lagu Man In Love.

-   Namjaga saranghal ttaen…-


Myungsoo berlari anak menghampiri Hana yang hanya berdiri kaku.
                   “Myungsoo.., apa semua ni?”
                    “Ah, ni…er…”

“Jung Hana, happy birthday!” sorak Sungkyu, Woohyun, Dongwoo, Hoya, Sungyeol dan Sungjong dari jauh. Mereka berenam mengukir senyuman riang.

         Hana berasa sungguh terharu. ‘Gila betul….. sanggup diorang buat semua ni untuk aku? Wah, bahagianya!’

“Te..terima kasih, semua. Terima kasih.. sangat-sangat!” ucap Hana sambil menitiskan air mata kegembiraan.

        Gadis itu segera di tarik ke dalam dakapannya. Myungsoo tidak peduli meskipun terdapat ramai orang yang sedang melihat mereka.

              “Aku betul-betul suka kau!” ucap Hana.
              “Aku pun.” Luah Myungsoo.

Orang ramai di sekeliling berbisik antara satu sama lain sambil memerhatikan Myungsoo dan Hana. Ada juga yang merakam gambar pasangan itu.
                      “Klik! Klik! Klik!”

*****
Tok! Tok! Tok!
Hana membuka matanya. Setelah menyedari dirinya sedang terbaring di atas katil di dalam kamar tidurnya, dia segera bangun dan membuka pintu.
      
          “Morning! Tidur lagi ke cik adik..?”perli Sungkyu sambil tersenyum.
   Hana tersengih. “Baru bangun. Tadi Hana dapat sweet dream tau!”
       
       “Iyalah tu. Oh ya, pukul 7 nanti, Myungsoo ajak Hana pergi Dreamland. Hana pergi, ok?” Sungkyu memandangnya dengan penuh harapan.
             
              Hana mengerutkan dahi. “Dreamland? Myungsoo ajak? Kenapa?”
     
Sungkyu menjungkitkan bahunya. “Hana pergi sajalah. Kan dia bestfriend Hana?”
            
                   “Ok.” Hana menutup pintu lalu menuju ke almari pakainnya.

Sungkyu berlari masuk ke dalam sebuah bilik yang lebih besar daripada semua bilik di rumah tersebut. Di situ, ahli-ahli Infinite yang lain termasuk Myungsoo sudah lama menunggunya.
                  
                    “Macam mana, hyung?” tanya Woohyun.
                    “Hana setuju pergi sana ke tak?”soal Hoya.

Sungkyu memandang wajah mereka berenam satu persatu tanpa sebarang reaksi. Kemudian, perlahan-lahan dia mengukir senyuman. “Hana akan pergi.”
     
   “Yeah….” Yang lain bersorak kegembiraan kecuali Sungyeol. Myungsoo pula awal-awal lagi sudah tersenyum sipu.
              
   “Ini tidak adil! Lepas ni, mesti Myungsoo asyik berkepit dengan Hana saja. Siapa nak temankan aku nanti?” Sungyeol tiba-tiba menyuarakan rasa hatinya.
         
   “Jangan risau. Lemon candy kan ada…” celah Sungjong, menyebabkan mereka semua ketawa besar.

*****

Hana mengeluarkan pakainnya untuk dipakai lalu menutup pintu almari. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu.
        
   “Myungsoo….? Dreamland…?”

“Hari ini….. (melihat catatan tarikh pada skrin HP)

11 April 2013

 Hana tersenyum lebar.

-THE END-