Sorry I Love You


SINOPSIS:  Shirley sukakan Mikey,tetapi setelah cintanya ditolak,Shirley berusaha melupakan Mikey & menjadi seorang yg serik jatuh cinta.Lebih-lebih lagi,Mikey seorang yg menjengkelkan dgn sikap tak pedulinya itu.Pada masa sama,Hanna yg sering bertelagah dgn Mikey pula jatuh hati pada jejaka itu lalu minta bantuan Shirley tanpa mengetahui perkara yg sebenarnya.Setelah Shirley cuba membantu Hanna,tanpa disangka-sangka...

Hai,aq Shirley.Lahir pada 12 Februari 1993.Belajar di Sekolah Tinggi Neonsan,Seoul dalam Gred 6,kelas 2A.Impian aq adalah menjadi seorang wartawan berita & bercinta dgn Mikey.Bahagianya bila cakap pasal ni.Tapi rasanya,impian aq yg ke-2 tu macam samar-samar je...~_~
*****
Shirley berbasikal masuk ke perkarangan sekolah.Dia menggalas sebuah beg sandang berwarna pink-hitam.
"Lambat pula kau datang hari ni.Kenapa?"tanya Hanna sebaik saja Shirley masuk ke kelas.
Shirley duduk lalu meletakkan begnya ke dalam laci meja.Dia tersengih.  "Ala,bukannya kena denda pun.Cuma over 5 minit je kut!"seloroh Shirley diiringi ketawa kecil.
Hanna tersenyum.  Shirley ni,semua perkara mesti nak gelak.Walhal tengah sembang pasal salah dia sendiri pun,tetap ketawa!Walaupun dia suka gelak sampai tak ingat dunia,tapi result exam boleh tahan gak.
Mikey melangkah masuk ke dalam kelas lalu terus duduk di tempatnya,tidak jauh dari tempat Hanna.Hanna mencebik.  Menyampah betul aq dgn mamat poyo tu!
Shirley curi-curi melihat Mikey.  Ahh,handsomenya dia hari ni!(hari-hari handsome sebenarnya!)
*****
Hari ni birthday Mikey yg ke-19!!!Aq dah beli hadiah untuk dia tapi tak tau la dia dah buka ke belum.Akhirnya hari yg aq tunggu dah tiba.Hari ni aq akan luahkan perasaan aq kat dia!Mesti!Shirley,fighting!!!
"Hei,kau ni memang tak tahu erti malu ke apa?Kan aq dah kata aq tak suka kau."
Shirley menundukkan kepalanya.Hatinya berasa sangat sakit.Tidak pernah dia dimalukan sebegitu rupa.   "Maafkan saya sebab kacau awak."ucap Shirley perlahan sebelum dia melangkah pergi dari situ.
Mikey memerhatikan Shirley dari yg membawa diri.Dia tersenyum sinis.  Tak sangka ada perempuan camtu kat dunia ni.Malas aq nak layan!
*****
Setelah kejadian tempoh hari,aq serik untuk jatuh cinta lagi.Apatah lagi melihat muka dia,buat aq menyampah yg teramat sangat!Nasib baik la tak lama lagi aq berpindah ke Busan,tak payahla aq terpaksa...
"Dulu hampir setiap hari bergaduh dgn dia.Tapi sekarang ni aq rasa ada sesuatu yg lain dalam diri aq."ujar Hanna ketika mereka sedang makan di kantin pada waktu rehat.
"Apa dia?"tanya Shirley.Dia selamba sahaja menyirup mee sup yg sedang dimakannya.Kalau dulu mendengar saja nama Mikey,pasti dia akan menjerit teruja.Tapi kini,buat derk je la.
"Mungkin aq suka kat dia kut.Kau rasa camne?"tanya Hanna.Dia memandang Shirley dgn penuh harapan.
"Entah la.Kalau kau rasa camtu,ya la kut."jawab Shirley acuh tak acuh.  Aq malas nak cakap pasal mamat tu...buat sakit hati je!
Hanna bersandar pada kerusinya.Dia termenung sendiri memikirkan masalah yg dihadapinya.
*****
Mikey berjalan sambil memegang sebuah  cawan  kertas  berisi   jus oren di koridor.Shirley & Hanna juga melalui koridor yg sama.Tiba2,Shirley & Mikey berlanggar sesama sendiri menyebabkan jus tersebut tumpah di atas uniform Shirley.
"Er...,Shirley...,baju kau..."Hanna cuba beritahu Shirley keadaan bajunya tetapi terhenti apabila melihat wajah Shirley menjadi merah padam.
"Hei,mata ada pun tak nak guna ke?Dahla langgar orang!Aduh,habis basah baju aq...!!!"bentak Shirley.Dia memandang Mikey dgn amarah yg amat!
Serabai je kau marah aq!   "Kau yg langgar aq la,perempuan!Jalan tak pandang depan tu apahal,hah?!Bila jadi camni,salahkan aq pulak!"bentak Mikey pula membela diri.
Hanna mengusap bahu Shirley dgn lembut.  "Sudahla tu,Shirley...ni masuk kali ke-3 korang bergaduh hari ni.Biarkan je la dia."pujuknya.   Rasa janggal lak kalau bestfriend aq sendiri bergaduh dgn orang yg aq suka.Eh,aq memang sukakan Mikey?
"Haa..,tengok!Kawan kau pun tahu kau yg salah.Jadi,mengaku je la memang kau yg salah."ujar Mikey dgn nada sombong.
Shirley merenung tajam lelaki itu.   Wajah yg meluatkan aq...ah,bencinya!!!   "Jangan harapla!"  Shirley menarik tangan Hanna lalu beredar dari situ.Mikey agak bengang ditinggalkan demikian.
Di tandas perempuan...Shirley cuba membersihkan jus oren yg mula meninggalkan kesan berwarna pada bajunya.Dia menggosok bahagian yg kotor itu menggunakan air sambil diperhatikan Hanna.
"Ah,menyemak betul la mangkuk tu!Menyusahkan aq je!Ergh,kenapa susah sangat nak hilangkan jus ni?!!!"rungut Shirley sendiri.
Hanna memandang Shirley sambil  mengerutkan dahinya.  "Shirley,dulu kau tak camni pun.Tapi sejak 2 minggu lepas,kau asyik gaduh dgn dia je.Mula2 korang gaduh sebab berebut tempat duduk.Sekarang,pasal ni pulak.Korang sedar tak yg korang bergaduh paling kurang pun 3 kali sehari?"tanya Hanna berjela sambil menuturkan hujah2 yg boleh menguatkan lagi pertanyaannya.
"Takde pape la.Aq bengang je dgn sikap dia tu.Dahla berlagak,cakap main lepas je."luah Shirley.   Muka bajet camtu...huh,tak nak ingat dia!!!
"Shirley,karang kau jadi cam aq baru tahu.Mula2 kata benci,lama2..."
Shirley segera menyampuk sambil tersenyum.  "Mustahil,Hanna.Percayalah...aq takkan suka orang macam tu."ujar Shirley sambil mencuci tangannya.
"Okey,kalau camtu...,aq boleh minta tolong kan?"tanya Hanna.
Shirley menutup pili air lalu menoleh & memandang Hanna.
"Kau tolong aq pikat Mikey."ujar Hanna terus-terang.
Shirley terdiam.
*****
Ini yg aq tak suka ni.Macam dalam komik ataupun drama bersiri kat tv juga,aq yg baru saja putus cinta terpaksa tolong kawan aq untuk pikat lelaki yg pernah patahkan hati aq.Nak buat camne...sabar je la.
"Nah,kawan aq yg bagi."  Shirley menghulurkan sekeping kertas berwarna merah jambu yg dilipat menjadi baju sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Mikey merenungnya dgn sangsi.  "Ya ke?Atau kau yg sebenarnya nak bagi surat ni?"teka Mikey.  Aq faham sangat dgn perangai orang perempuan...diorang takkan mengalah selagi cinta diorang yg kononnya sejati tu tak diterima.
Shirley 'menampalkan' surat tersebut pada dahi Mikey.  "Kau fikir aq hairan sangat dgn kau?!"katanya seraya beredar dari situ.
Mikey tersentak.Dia mengambil surat itu lalu memegangnya.Dia tersenyum sendiri.
Hanna menggoncang bahu Shirley berkali-kali.  "Lily,kau dah bagi surat tu tak?"tanyanya sambil menunjukkan wajah yg penuh teruja.
Shirley mengangguk.
Hanna bertanya lagi, "Dia ada cakap apa2 tak?"
"Tak de.K ar,dah lewat ni.Aq balik dulu.Bye!"ucap Shirley sambil menyandang begnya lalu beredar dari kelas itu.
Pada mula,Hanna berasa aneh dgn sikap Shirley tapi perasaan itu hilang sesaat kemudian.Dia menjungkitkan bahunya.  "Apa2 je la,asalkan surat aq tu sampai pada Mikey."bisik  hati  kecilnya.
*****
Tinggal beberapa hari je lagi sebelum aq akan berpindah ke Busan.Walaupun terpaksa tinggalkan Hanna,tapi tak pe la.Sekurang-kurangnya aq takkan gaduh lagi dgn alien tu!
Shirley berjalan masuk ke dalam kelasnya.Dia melihat dari jauh,Hanna duduk bersendirian di tepi tingkap sambil merenung jauh.  Macam ada masalah je.  Shirley berjalan mendekati Hanna. "Hanna,kau..."
"Jangan ganggu aq."ucap Hanna tanpa memandang Shirley.
"Hanna,kau ada masalah ya?"pujuk Shirley,kali ini lebih lembut.
Hanna merenung tajam ke arahnya.  "Kau la masalahnya!"bentak Hanna secara tiba2.Wajahnya kemerahan kerana cuba menahan marah.
Shirley tersentak.Dia sangat terkejut melihat Hanna sebegitu.  Kenapa Hanna ni?Dia tak pernah camni walaupun masa bergaduh dgn Mikey dulu.   "Maksud Hanna?"
Hanna tersenyum sinis.  "Buat tak faham pula.Kau pergi la tanya boyfriend kau."ujarnya.
*****
"Kau apahal nak jumpa aq kat sini?Aq sibuk la."
Shirley merenung Mikey setajam-tajamnya.  Tak guna punya laki...!  Dia menolak bahu Mikey dgn kuat sehingga menyebabkan pemuda itu jatuh terduduk.
Mikey terperanjat dgn tindakan Shirley.  "Apa yg kau buat ni?"
Shirley bersilang tangan.  "Apa yg kau dah buat pada Hanna semalam?!Kau cakap apa pasal aq kat dia sampai dia meradang kat aq,hah?!Kau ni memang lelaki tak guna!"bentak Shirley lalu menendang kaki kanan lelaki itu.
Angin bertiup agak kencang pada petang itu.Nasib baik tiada sesiapa pun yg berada di sekolah pada masa itu,kalau tidak,mereka berdua pasti akan ditangkap kerana berada di sekolah pada luar waktu persekolahan.
Mikey mengerang kesakitan.Dia bangun perlahan-lahan.  Aduh,ganas betul perempuan ni.Dah la tu,garang gila!  "Hei,mana ada aq buat apa2 kat dia!Dia mungkin sedih je kut lepas aq reject dia.Ala macam kau dulu jugak kan?"jawab Mikey tanpa rasa bersalah.
Kau...kau jangan sesekali buat aq teringat kisah lama!!!  Shirley mahu menampar lelaki itu tetapi niatnya terbatal apabila Mikey menyambung lagi bicaranya.
"Aq faham perasaan kawan kau  lepas kena reject semalam  tu.Aq sendiri pernah kena reject   dgn  kau  dulu..kau dah tak ingat ke?Mungkin ya sebab tu masa menengah rendah dulu,6 tahun lepas punya citer."
6 tahun lepas?Apa yg dia mengarut ni?!  "Bedebah!Bila masa pulak aq kenal kau?"tanya Shirley.
Mikey tersenyum.  "Dulu aq budak skema yg lurus bendul tapi jatuh hati kat kau sejak pandang pertama.Aq selalu perhatikan kau tapi bila kau dapat tahu,kau marah lalu suruh aq jangan kacau kau lagi.Lepas tu,aq pun berpindah sekolah & cuba mengubah penampilan diri aq.Akhirnya,aq jadi sekacak ni tapi hati aq dah keras.Aq senang je reject semua perempuan yg sukakan aq sebab aq nak diorang rasa apa yg pernah aq rasa dulu...,termasuklah kau.Tapi,tindak balas kau berbeza.Perempuan lain akan menangis lalu cuba melupakan aq dgn menganggap aq seperti tak pernah wujud.Kau pula...sejak hari tu,kau tak habis2 cari pasal dgn aq."
Shirley senyum sinis.  "Tipu ar."ujarnya.  Dasar pembohong kelas A...!Bila masa pulak semua tu...  Kata2 hati Shirley terhenti apabila dia terlihat sesuatu yg tidak pernah disangka.
Mikey mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna margenta dari kocek seluarnya lalu menunjukkannya kepada Shirley.Gadis itu agak terkejut melihat sapu tangan itu.Di sudut kiri terdapat sulaman nama seseorang...'Lily'.
Sapu tangan kesayangan aq!  "Mana kau dapat benda ni?"tanyanya.
"Kau sendiri yg bagi sebagai jaminan supaya aq tak ganggu kau lagi.Lily...nama samaran  kau kan?"ujar Mikey.
Shirley memandang ke bawah.  Ya,memang betul.Aq baru ingat sekarang.Memang apa yg alien ni cakap tadi semuanya benar belaka.Aq terlebih dulu reject dia sebelum dia reject aq hari tu.Semuanya salah aq,tapi aq persalahkan dia.Cuma ada something yg aq tak faham...   "Apa  sebenarnya  yg kau  cakap kat Hanna semalam sampai dia begitu marah pada aq?"tanya Shirley sambil memandang tepat mata Mikey.
"Aq sukakan kau...dari dulu sampai sekarang perasaan tu tak pernah berubah walau sedaya upaya aq cuba,termasuklah dgn reject kau hari tu.Maaflah,tapi aq cintakan kau."ujar Mikey lalu memeluk gadis itu.  "Aq betul2 cintakan kau,Shirley."
*****
Esok pagi,aq akan bertolak ke Busan...pergi jauh dari sini untuk selamanya.Baru aq faham apa yg orang lain rasa bila mereka terpaksa berpindah jauh.Aq tak nafikan yg aq tak sanggup meninggalkan bandar Gangnam,tapi nak buat camne.Ini demi masa depan keluarga aq gak.Selain Hanna,aq juga terpaksa meninggalkan seseorang...
"Lily,apa yg kamu tengok lagi tu?Cepatla...kita dah lewat ni."panggil Mama Shirley sambil menarik troli bagasinya ke bahagian pelepasan di Lapangan Terbang Gangnam.
Shirley menoleh lalu menghampiri mamanya.Dia membantu wanita itu menolak bagasi mereka.
Mikey merayau di sekitar lapangan terbang untuk mencari kelibat Shirley namun gagal.Tiba2 dia terdengar bunyi kapal terbang berlepas lalu dia mendongak ke atas.Mikey melihat jam tangannya.Dia menjadi hampa.  Kau dah pergi.
*****
Hai,nama aq Shirley.Lahir pada 12 Februari 1993.Graduan Universiti Kebangsaan Busan dan kini aq berjaya mencapai cita-citaku untuk bergelar sebagai seorang wartawan berita.Bercinta?Dah lama aq tidak mempunyai teman istimewa di sini.Alangkah indahnya jika aq & dia dipertemukan semula.^_^
Mikey baru sahaja pulang dari kerja.Dia membuka suis lampu lalu bersandar pada sofa & memasang tv.
"Berita seterusnya...seorang penjenayah yg...."
Setelah memilih rancangan berita,dia lantas bangun lalu ke dapur untuk mengambil air.Dapurnya dekat sahaja dgn ruang tamu kerana konsep apartmen memang begitu rupanya.Ketika dia sedang meneguk segelas air suam...
"Selamat petang kepada anda semua,saya pembaca berita baru anda,Shirley Young.Berita utama  luar  negara  pada  hari  ini  adalah..."
Mikey segera berlari ke arah tv.Dia seakan tidak percaya akan apa yg sedang dilihatnya.  Shirley!Hah,Shirley's back!   Mikey segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar lalu mendail.  "Hello,Hanna.."
*****
Hari ni birthday aq yg ke-24.Hmm,tak sangka sudah hampir 6 tahun kami terpisah.Sejak aq berpindah semula ke Gangnam bulan lepas,tak pernah sekalipun kami bertemu,apatah lagi bertanya khabar.
Shirley duduk di balkoni apartmennya sambil menikmati secawan teh.Ingatannya terimbau kisah lalu.
+++
"Aq betul2 sukakan kau,Shirley."
Shirley menolak tubuh Mikey.  "Kau sedar tak apa yg kau tengah buat ni?"
"Bukan ke itu sepatutnya yg dijawab oleh kau?Kenapa?Kau dah ada orang lain?"
Shirley diam sebentar.   Alamak,apa yg patut aq jawab?   "Tak,tapi aq dah lama lupakan kau,samada sebagai budak skema ataupun diri kau sekarang.Aq minta maaf sebab buang masa kau kat sini."ujar Shirley sebelum melangkah pergi meninggalkan Mikey.
+++
Setitis air mata menitis keluar ke pipinya.Shirley cuba mententeramkan diri.
*****
"Mikey,aq dah tahu dia tinggal kat mana.Hari ni dia tak de show,jadi besar kemungkinan dia kat rumah la kut.Nanti aq sms kan address dia."kata Hanna dalam panggilan telefon.
"Okey.Thanks,Hanna."ucap Mikey lalu mematikan panggilan tersebut.Dia tersenyum sendiri.
*****
Shirley & mamanya sedang sibuk menyiapkan jamuan makan malam untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak tunggal itu.
Ding..dong!Loceng rumah berbunyi.
"Lily,kamu pergi tengok siapa yg datang."arah Mama Shirley yg sedang menyusun sudu di atas meja.
Shirley mengangguk lalu berjalan pantas ke arah pintu.Sebaik sahaja membukanya...
"Hai!Ada sesiapa yg bernama Shirley Young tinggal kat sini?"tanya Mikey sambil tersenyum.Dia memegang sejambak bunga lili di tangan kanannya.
Shirley tersenyum.   Ergh,alien ni lagi!  "Hei,buat2 tak kenal pulak!Ada juga yg makan kasut nanti!"ujar Shirley pula.Mereka berdua ketawa kecil.
Mikey terus tersenyum.  "Kau apa khabar?Sihat?"
Shirley tersipu malu.  "Hari ni kan hari jadi aq,mestilah sihat.Kau?"tanya Shirley pula.
Mikey sekadar mengangguk.   Mereka terdiam seketika.
"Sebenarnya..."serentak mereka bersuara.
Mikey mempersilakan Shirley untuk bercakap dahulu.
"Sebenarnya...,Mikey...aq minta maaf pasal masa tu.Aq sedar yg aq cuba membohongi diri sendiri dgn menafikan perasaan aq yg sebenar.Mikey...,"
Mereka saling berpandangan.Kemudian serentak mereka berkata,  "Sorry,I love you."
*****
Hai,namaku Shirley Young.Berumur 24 tahun & mempunyai kerjaya sebagai seorang wartawan berita.Impianku kini hanya satu,bersama Mikey seumur hidup aq.Memang terasa indah bila membayangkannya.Dan aq harap,kisah kami menjadi memori yg takkan dapat dilupakan.

TAMAT

No comments :