Love Me




SINOPSIS:
Ga Eul,Dong  Ju & Kyra merupakan sahabat  karib.Hubungan Ga Eul & Dong  Ju sangat rapat sehingga melahirkan perasaan cinta tetapi masing-masing menyimpan perasaan itu di sudut hati kecil mereka.Tak lama kemudian,Kyra memperkenalkan seorang pelajar baru yg memasuki kelas mereka,Hyun Ji Ho lalu menjadi teman karib mereka.Tanpa disedari,Ga Eul mula tertarik dgn Ji Ho.Ji Ho menaruh hati terhadap Ga Eul tetapi dia mahu meluahkannya setelah tamat sekolah nanti.Kyra pula terus memendam perasaannya terhadap Ji Ho.Kisah cinta 4 segi ini terus memakan diri masing-masing sehinggalah ketika di Pulau Jeju...


Ga Eul,Dong Ju & Kyra sedang makan di kantin pada waktu rehat.
"Korang dah siap homework add maths tak?"tanya Dong Ju.
Ga Eul mempedulikannya.Dia menjamu makanannya dgn berselera sekali.Kyra merenung tajam Dong Ju sambil mencebik.  "Ni mesti nak tiru,kan?Ah,tak sudi aq!"ujar Kyra. Menyampah betul,asyik nak copy and paste je!Nama je laki,tapi hopeless!
"Siapa yg cakap dgn kau,Kyra?Aq cakap kat Ga Eul la!"jawab Dong Ju.  Perasan betul minah ni!Dahla kedekut...!
"Laa,kau cakap dgn aq rupanya.Kau nak pinjam buku aq ke?"tanya Ga Eul sebaik saja dia dengar namanya disebut.
Dong Ju mengangguk.  "Ada 2 soalan yg aq tak tahu buat."jelas Dong Ju.
"Kalau camtu,nak aq tolong ajarkan?It's better than you copy mine."ujar Ga Eul.
"Boleh gak!"jawab Dong Ju girang.  Yes!Yes!Yes!
Kyra merungut sendiri.  "Baguslah tu.Kau ikut la sangat cakap 'abang' kau tu. Sa
ang konon!" Dia menggigit burgernya dgn geram.
Ga Eul tersenyum.  Memang aq sayangkan...'abang' aq yg sorang ni.
*****
Seperti biasa,Dong Ju & Ga Eul melepak di taman permainan di kawasan kediaman mereka.Rumah mereka dekat sahaja.Oleh itu,jika tiada tuisyen,mereka berdua akan keluar bersama seperti ini.Tak hairanlah sekiranya hubungan mereka berdua sungguh rapat.
"Ga Eul,kau suka musim apa?" Dong Ju mulakan bicara,memecah keheningan malam itu yg dari tadi cuma ada bunyi cengkerik je.Krik...krik...
"Yg kau nak tahu tu kenapa?Tiba-tiba je tanya."tanya Ga Eul,membalas soalan Dong Ju.
"Saja je.Aq baru terfikir nak tanya."jelas Dong Ju.  Memang tak ar kalau aq bagitahu kau apa sebab sebenarnya!
"Okey.Musim ya?Hmm,musim panas kut."jawab Ga Eul.Dia memandang Dong Ju yg turut memandangnya.
Sama macam aq la!  "Musim panas?Kenapa kau suka musim tu?"soal Dong Ju.Hatinya teruja.
"Sebab aq tahu itu musim kesukaan kau..Betul tak?"ujar Ga Eul sambil tersenyum.
Dong Ju agak terkejut mendengar jawapan Ga Eul.  Suasana sepi seketika.Mereka berdua saling berpandangan.
*****
"Hai,nama saya Hyun Ji Ho.Selamat berkenalan semua."ucap Ji Ho sambil menunduk sedikit.Senyuman diukir.
"Hyun ialah pelajar baru yg akan belajar di kelas ni.Jadi sila beri tunjuk ajar kepadanya."ujar Pn.Hwang,guru kelas Gred 5-1.
*****
"Woi,bestfriend kau yg sorang tu mana?!"tanya Dong Ju selamba.  Si Kyra tu betul-betul buat aq panas hati.Dah kematu aq dgn Ga Eul tunggu dia kat sini!
"Hei,mana la aq tahu.Dia tak cakap apa-apa pun tadi."jawab Ga Eul. Marah aq pulak!Nasib baikla kau orang yg aq paling sayang sekali,kalau tak,dah lama aq cepuk kepala kau tu!
Sudah hampir 10 minit mereka berdua menanti kedatangan Kyra di kantin.Tak lama selepas itu,kelibat Kyra mula kelihatan,berjalan ke arah mereka.Di sebelahnya,seseorang turut mengekorinya.
"Sorry,korang!Hehe...Eh,lupa pulak pasal kau." Kyra menarik tangan Ji Ho ke hadapan.
Ji Ho tersenyum sengih.  "Hai...,Dong Ju,Ga Eul.."ucapnya. Dia memandang Ga Eul itu agak lama membuatkan gadis itu kurang selesa.
Uish,apahal tenung aq camtu?!Menyeramkan la...!  Ga Eul merangkul lengan kiri Dong Ju.
Kyra hanya berdiam diri melihat suasana pada masa itu
*****
"Ga Eul dgn Dong Ju tu ada apa-apa ke?"tanya Ji Ho semasa sedang berjalan beriringan dgn Kyra ke pagar utama sekolah tengah hari itu.
Kyra berpaling memandang jejaka itu.  "Diorang?Oh..,diorang berdua tu memang rapat,rapat sangat macam belangkas!Diorang anggap diri masing-masing macam abang-adik,padahal takde hubungan darah pun.Nape?Kau rasa pelik sebab diorang asyik berkepit je ke?"ujar Kyra.Jauh di sudut hati,dia agak tidak senang dgn pertanyaan Ji Ho.
Ji Ho berdiam diri.Dia mengatur langkah ke hadapan.

*****
Ga Eul sampai ke sekolah awal-awal pagi lagi.Setiap hari Khamis,dia perlu datang awal untuk menjalankan tugas harian kelas.Sepatutnya ada lagi 3 orang bersamanya,tetapi tak pernah datang pun!Seperti biasa,Ga Eul akan menyusun meja terlebih dahulu sebelum menyusun rak & menyapu lantai.Ketika sedang sibuk mengelap tingkap...
"Boleh saya tolong?"
Ga Eul tersentak.Dia menoleh ke kanan. Ternyata Ji Ho berdiri di situ sambil mengukir senyuman yg manis.
Ga Eul cuak.  Buat terkejut aq je budak baru ni!Huh...!  "Tak pe,terima kasih je la."jawab Ga Eul acuh tak acuh.Dia sambung kembali kerjanya yg terhenti tadi.
Ji Ho ketawa kecil.  "Awak cuma mahu 'abang' awak tu je yg tolong kan?"ujarnya dalam nada menyindir.
Ga Eul berasa geram.Dia merenung tajam ke arah Ji Ho. "Why do you saying all that?Awak jealous ke apa...menyibuk pasal saya dgn Dong Ju?!"bentak Ga Eul.  Kau boleh sindir pasal sesiapa je dalam dunia ni,tapi bukan Dong Ju oppa aq!Aq boleh bunuh kau kalau aq nak!
Ji Ho mendekati Ga Eul,terlalu dekat dgn gadis itu.Wajah Ji Ho agak serius.  "Saya iri hati lihat awak dgn Dong Ju."ujarnya lembut.
Ga Eul tergamam mendengar kata-kata Ji Ho.Baldi kecil berisi air yg dipegangnya terlepas dari genggaman.Air melimpah membasahi lantai koridor luar kelas G5-1.
Menyedari keadaan itu,Ga Eul mahu melangkah pergi tetapi tergelincir. Ji Ho pantas menyambut gadis itu dgn kedua-dua tangannya.Mereka saling bertentang mata.
"Saya harap awak pun ada perasaan yg sama."ujar Ji Ho sebelum beredar.  Anak mata Ga Eul mengekori Ji Ho yg melangkah pergi ke arah tangga.
*****
Kyra berjalan dgn penuh semangat ke halaman sekolah sambil membawa sebuah beg kertas berwarna putih.Di dalamnya ada sebungkus hadiah yg sederhana saiznya.
Akhirnya tarikh 24  Januari muncul juga!Tak sabar aq nak bagi hadiah ni sendiri kat dia!Pasti dia gembira nanti!  Kyra tersenyum sendiri.
"Nah,hadiah untuk kau.Happy birthday yg ke-19,Hyun Ji Ho."ucap Kyra ketika guru masih belum masuk di kelas G5-1.Dia menghulurkan beg kertas itu lalu diambil Ji Ho.
"Thanks.Tak sangka ada juga orang yg ingat birthday aq.Apa ni?"tanya Ji Ho sambil membelek bungkusan tersebut.
Hadiah birthday kut...takkan la kena beritahu!Lurus betul la dia ni!  "Rahsia!Nanti sampai rumah,kau buka la."jawab Kyra bersahaja sambil tersenyum.
Memang hubungan mereka berdua rapat meskipun tidak serapat Ga Eul dgn Dong ju.Walaupun baru berkenalan sejak Ji Ho memasuki sekolah ini 3 bulan lalu,tetapi hubungan mereka berdua cukup mesra.Namun begitu,Kyra menaruh hati secara rahsia terhadap jejaka tersebut.
*****
"Saengil chukahae,Dong Ju oppa!"ucap Ga Eul sambil tersenyum dgn girang sekali.Ketika itu,mereka berdua sedang menunggu 2 orang lagi rakan mereka yg selalu lewat semasa waktu rehat.Sepucuk sampul duit dihulur.
Dong Ju mencapai sampul yg berisi 10 000 won itu. Dia mengukir senyuman.  "Terima kasih.Wah,best la kalau dapat hadiah dari kau.Kau selalu bagi duit,bukannya macam orang lain yg selalu bagi hadiah pelik-pelik je!"ujar Dong Ju dgn bangga.Dia akui Ga Eul seorang gadis yg istimewa & berbeza dgn gadis-gadis yg lain,termasuklah Kyra.Ga Eul seorang yg mempunyai daya ingatan yg kuat.Tidak pernah sekalipun Ga Eul terlupa untuk meraikan hari lahirnya sejak sekolah rendah lagi.Oleh sebab itu,tidak hairanlah hatinya tertarik dgn gadis itu,meskipun hubungan mereka sekadar seperti adik-beradik.Tambahan pula,Ga Eul melayannya dgn sangat baik & seolah-olah memahami dirinya yg complicated tu!
"Ala,tengokla siapa orang tu!Hehe...Kau seronok tak?10 000 won tu!Kalau tak cukup,aq tambah lagi."ujar Ga Eul sambil memandang wajah tampan Dong Ju.
"Aq happy giler!Ni pun dah kira okey.Thank for once again."ucap Dong Ju sambil tersenyum lagi.
Baguslah kalau begitu,Dong Ju.Kegembiraan kau,kegembiraan aq juga.Malah cintaku buat kau,menambahkan lagi perisa manis kebahagiaan yg kita berdua rasai saat ini.
Kyra & Ji Ho duduk di hadapan mereka berdua  setelah muncul seketika kemudian.
Kyra terlihat sampul duit di genggaman Dong Ju.  "Apa tu?Birthday gift dari Ga Eul eh?"
"Ha'ah!Nape,jealous ke?"sindir Dong Ju.
"Eee,apasal aq nak jealous lak?Oh ya,lupa aq nak annouce kat korang.Hari ni pun birthday Ji Ho gak.Tak nak wish kat dia ke?"ujar Kyra.
Dong Ju berjabat tangan dgn Dong Ju.  "Happy birthday,bro."ucap Dong Ju.
"Happy birthday to you too."balas Ji Ho.Dia mengalihkan tangannya ke arah Ga Eul pula.Gadis itu teragak-agak untuk berjabat tangan dgnnya.
"Happy birthday."ucapnya ringkas & perlahan.Ga Eul segera menarik tangannya kembali.  Ish,kenapa tiba-tiba aq gemuruh ni?Rasa seram sejuk pun ada!
Ji Ho tersenyum memandang Ga Eul.  Tak mengapa,mungkin kau masih belum sedar tentang perasaan aq ni.
*****
"Saya tunggu awak kat depan mall jam 4 petang nanti.Saya takkan pergi selagi awak tak datang.Jangan lupa." Ji Ho terus melangkah masuk ke dalam kereta yg menjemputnya,meninggalkan Ga Eul yg kebingungan sebentar di hadapan pagar sekolah.
Ga Eul memerhatikan kereta mewah BMW 5 Series itu meluncur laju ke jalan besar.  Dia ajak aq date ke apa benda ni?!Ergh,merunsingkan betul ar mamat ni!
*****
Jam hampir menunjukkan angka 4.Ga Eul masih lagi duduk di meja belajarnya sambil membaca sebuah buku motivasi.Ga Eul menghembuskan nafas panjang selepas melihat jam loceng di atas mejanya.  Nak pergi ke tak ni?Kalau aq pergi,nampak macam aq layan sikap pelik dia yg suka usha aq tu.Tapi kalau tak pergi,dia akan tunggu pulak.Dahla hari ni salji turun.  Ga Eul menjenguk ke luar tingkap.
*****
Ga Eul mengelap meja makan setelah dia sekeluarga selesai menghabiskan makan malam mereka.Dia melihat jam dinding.  Sekarang pukul 8 malam.Dah 4 jam berlalu.Salji masih lagi turun.Dia still tunggu aq kat situ ke?  Ga Eul menggeleng sendiri.  Ah,buat apa aq fikir pasal dia?Bukannya penting sangat pun!  Ga Eul terus mengelap meja tersebut.Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ji Ho tempoh hari.  ~Saya harap awak pun ada perasaan yg sama.~  Riak wajah Ji Ho ketika menuturkan kata-kata itu terus bermain di fikiran Ga Eul.Hatinya jadi tak tenteram.Ga Eul berfikir sejenak.
*****
Ga Eul berjalan-jalan di sekitar bangunan Mall itu.Dia agak kesejukan.Anak matanya ligat mencari kelibat Hyun Ji Ho.   Dia masih ada kat sini ke?Dah dekat 2 kali aq round,tak nampak pun!Dahla aq rasa macam nak beku ni!  Ga Eul berjalan ke pondok perhentian bas di hadapan mall itu.Tiba-tiba dia terlihat seseorang yg dikenali sedang duduk sambil menahan sejuk meskipun telah memakai jaket pemanas.Salji agak lebat turun pada waktu itu.
Ga Eul melangkah dgn perlahan menuju ke arahnya.Dia baru hendak bersuara sebelum Ji Ho berpaling memandangnya apabila menyedari kehadiran gadis itu.
"Awak datang juga.Saya dah agak.Kalau camtu,jom kita pergi sekarang!"ujar Ji Ho sambil tersenyum.Dia mula membuka langkah.
Ga Eul memandang ke bawah.Dia berasa bersalah & janggal dgn sikap jejaka tersebut.  "Saya minta maaf sebab buat awak tunggu lama.Mianhaeyo..."ujar Ga Eul dalam nada yg perlahan namun jelas didengari Ji Ho.Lelaki itu menoleh ke belakang & melihat gadis itu.Ga Eul tidak berani mendongak untuk memandangnya.
"Takpe.Jom,saya nak bawa awak ke satu tempat."Ji Ho menarik tangan Ga Eul lalu mereka melintas ke seberang jalan.
Tidak jauh mereka berjalan kaki,akhirnya mereka tiba di sebuah tempat luncur ais.Tidak ramai yg berada di situ memandangkan cuaca yg agak sejuk sekarang.Lama-kelamaan hanya tinggal mereka berdua sahaja.
"Kita nak buat apa kat sini?"tanya Ga Eul.  Pergh,ice skate ar!Memang dah lama aq teringin nak datang sini,tapi sebab aq kaki bangku...kempunan la.
Ji Ho tersenyum.Dia meletakkan sepasang kasut luncur berwarna putih di hadapan Ga Eul."Skating la,takkan nak berenang kat sini?"ujar Ji Ho disusuli gurauan.
Riak wajah Ga Eul serta-merta berubah cuak. "Eh,takpe la.Saya mana tahu main benda ni.Terima kasih je."jelas Ga Eul bersungguh-sungguh.  Lebih baik aq mengaku awal-awal sebelum jatuh tergolek kat depan mamat ni nanti.Lagi malu!
"Sebab awak tak reti la saya ajak awak ke sini.Saya nak ajar awak,free je.Amacam,okey tak?"pujuk Ji Ho.  Terimalah...!!!
Ga Eul memandang Ji Ho serba salah.  Alamak,dia tunjuk lagi muka dia yg tak boleh bla tu!!!  "Suka hati awak la.Tapi kalau saya buat silap,jangan gelak.Kalau tak,habis awak saya kerjakan!"ujar Ga Eul tegas.Ji Ho mula menyarungkan kasut luncurnya yg juga berwarna putih.Ga Eul memerhatikan Ji Ho.  Kau tu bukannya boleh percaya sangat,kalau kau gelak,siap la!
Sepanjang malam itu,Ji Ho & Ga Eul bermain luncur ais dgn seronok sekali.Kegembiraan jelas terpampang pada riak wajah mereka yg tidak lokek dari senyum & gelak ketawa.
*****
Dong Ju memberhentikan basikalnya di sebelah kediaman Ga Eul.Dia berada tidak jauh dari jendela kamar gadis itu.Dong Ju menjengukkan matanya ke dalam.
Gelap je bilik dia dari tadi.Baru jam 10,takkan dah tidur?Selalunya kul 12 pun terang benderang lagi bilik dia.
Dong Ju memandang ke hadapan semula.Dia mahu melihat wajah Ga Eul walaupun sebentar sebelum dia pulang ke rumahnya dan tidur.Entah mengapa hari ni dia begitu merindui gadis naif itu.   Maybe sebab aq dah makin matang kut...maklumla,hari ni kan birthday aq..
Lamunan Dong Ju terhenti apabila sebuah kereta mini sport berwarna biru gelap berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah Ga Eul.Dong Ju menginjak selangkah ke belakang lalu memerhatikannya dari belakang tembok.
Ji Ho membukakan pintu untuk Ga Eul.Ga Eul melangkah keluar sambil tersenyum manis kepada Ji Ho.  "Terima kasih."ucapnya.
Ji Ho tersipu malu.Dia menggaru kepalanya yg langsung tak gatal.Dia terpegun dgn rupa Ga Eul pada masa itu.  Cantiknya dia,tambah pulak disinari cahaya yg begitu terang(padahal cahaya lampu jalan!)...ni yg buat aq gugup ni!  "Er,sama-sama. ..Ga Eul,boleh saya tanya sesuatu?"ujar Ji Ho pula.
Ga Eul mengangkat keningnya seolah-olah bertanya 'apa?'
"Boleh kita keluar lagi lepas ni?"tanya Ji Ho.
Ga Eul merenung Ji Ho seketika.   Ah,dah start daa...ni yg aq tak suka tapi tetap jadi juga!Kalau kau minat kat aq pun,sorry ar...,aq dah ada Dong Ju!...Tapi,bila fikir-fikir balik,why not?Kau pun boleh tahan gak sweetnya.Romantik lak tu!Bolehla aq merasa jadi Juliet jap!
"Suka hati awak."ringkas saja jawapan Ga Eul.
Melihat keadaan itu,api kecemburuan Dong Ju membuak.  Ergh,main mesra-mesra lak kat situ...dahla kat depan aq!
Dong Ju menunggang basikalnya ke arah mereka berdua.Hampir saja dia melanggar bahagian hadapan kereta Ji Ho dek terlalu marah.Dia terus berjalan ke arah Ga Eul & berdiri rapat di sisi gadis itu.
"Kau buat apa kat sini?"tanya Ga Eul sambil memandang Dong Ju dgn hairan.  Mana pulak datangnya pujaan hatiku yg sorang ni?
Alamak,abang kesayangan dia dah muncul lak!  Ji Ho cuba menghadiahkan senyuman kepada Dong Ju meskipun tawar.
Dong Ju mengukir senyuman. "Di mana sepatutnya seorang abang berada kalau tidak di sisi adiknya...,kan?"ujarnya sambil memautkan lengan kanannya pada bahu Ga Eul.Dong Ju sengaja berbuat demikian sambil memandang Ji Ho.   Hehe...cuak gak muka kau tu!
Ji Ho mengukir senyuman lagi.  "Hmm,aq balik dulu la.Ga Eul,saya minta diri dulu ya.Jumpa kat sekolah esok!"ucapnya sambil masuk ke dalam kereta.Kereta itu terus bergerak.
"Tahu pun takut...!Huh!"ucap Dong Ju bangga,sambil memerhatikan kereta yg dipandu Ji Ho meluncur laju.
Ga Eul mencubit lengan kanan Dong Ju. Biar kau rasa sikit!
Dong Ju terjerit kecil.Dia mengusap bahagian lengannya yg dicubit tadi.  "Woi,yg kau cubit aq tu apahal?Sakit ar!"bentak Dong Ju.  Ga Eul ni,senaif-naif dia pun,kalau cubit memang berbisa!Aduh,rasa macam kena kepit dgn ketam!
Ga Eul bercekak pinggang.  "Apahal kau boleh ada kat sini?Dah tu,buat dia cuak je!Kesian tau!Sampai hati kau buat budak baru tu camtu."leter Ga Eul bertubi-tubi.
Dong Ju mencebik.  "Eleh,suka hati aq la.Yg kau pun satu,dah malam buta ni baru balik!Ya pun seronok dating dgn anak orang kaya tu,beringatlah sikit.Kau tu perempuan,bahaya keluar lewat malam camni."  Dong Ju pula yg berleter.  Kalau jadi apa-apa kat kau,aq juga yg merana separuh mati nanti!
Ga Eul senyum sinis.Dia menyiku rusuk kanan Dong Ju.  "Cam jealous je...Kau sebenarnya cemburu kan bila ada Ji Ho tadi?"usik Ga Eul.  Harap-harap apa yg aq cakap ni betul!
Dong Ju merenung tajam Ga Eul.  Pergh,dia boleh baca fikiran aq ke apa?Cam tahu-tahu je!  "Camne kalau aq cakap ya?"ujar Dong Ju,memandang tepat mata gadis itu.
*****
Kyra sedang khusyuk menyiapkan tugasan sekolah Biologi di dalam dorm asrama perempuan  Rumah Anak Yatim Kasih.Hanya bersuluhkan lampu meja kerana rakan-rakan sedorm yg lain telah lama dibuai mimpi.Seketika kemudian,Warden Seo masuk & menghampiri Kyra.
"Masih tak siap lagi?"tanyanya.
Kyra menoleh.Senyuman diukir mereka berdua.
"Ada 1 soalan je lagi."jawab Kyra,meneruskan lagi kerjanya.
"Tak penat ke?Bukannya apa,saya selalu nampak Kyra belajar tengah malam camni.Lepas tu bangun awal-awal pagi.Saya risau kalau Kyra tak boleh nak tumpukan perhatian masa belajar.Lagipun,tahun ni kan tahun akhir kamu."ujar Warden Seo.
"Puan tak perlu bimbang pasal saya.Selagi saya mampu,saya akan teruskan."jelas Kyra sambil mengukir senyuman.Keayuan wajah gadis Hanguknya terserlah.
"Kyra,kamu bertuah kerana cantik,pandai,baik hati.Alangkah indahnya kalau ibu bapa kamu masih hidup."Ujar Warden Seo.  Benar,Kyra seorang gadis yg sempurna.Tetapi sayang,dia sentiasa bersendirian sejak orang tuanya maut dalam accident masa Kyra berusia 4 tahun.
Warden Seo mengimbau kembali kenangan silam Kyra.Dia begitu kasihan melihat Kyra.Bayangkanlah bagaimana perasaan seorang anak yg begitu kecil tatkala terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan itu di usia yg begitu muda,hanya 4 tahun!Wajah comel Kyra begitu mendamaikan hatinya sehinggalah sekarang,Kyra tetap ayu.Apa yg membezakan Kyra dgn budak lain adalah kematangannya.Dulu,dia sentiasa duduk bersendiri sambil membaca buku.Kyra tidak pernah bermain dgn rakan-rakan serumah yg lain.Namun begitu,dia sentiasa tersenyum,seolah-olah mahu menyembunyikan kesedihan yg terbuku di hati.
*****
Ji Ho mengejar Kyra dari belakang.Hampir sahaja dia tersungkur apabila terpaksa berhenti mengejut tatkala Kyra berpaling  memandangnya.
"Kau nak apa?"
"Bagitahu la lagi apa yg Ga Eul suka."jawab Ji Ho sambil tersenyum girang.
Kyra terus melangkah.  Ji Ho mengejarnya lagi & berhenti di hadapan gadis itu.  "Tolong la aq.Kau kawan baik aq kan?"ujar Ji Ho dgn membuat muka kasihan.
"Kau kan pandai.Kau cari ler  jalan lain selain aq untuk tahu tentang Ga Eul.Aq bukannya rapat sangat dgn dia pun.Kau tanyalah Dong Ju."jawab Kyra,malas.  Kalau tanya pasal aq takpe gak.
Dong Ju?Jangan harapla!   "Kyra...,"panggil Ji Ho.Kyra memandang jejaka itu.  "Kau sayangkan aq kan...sebagai kawan karib kau?"
Kyra terdiam.  "Ya.Why?"tanyanya.
"Persahabatan juga adalah cinta,bukan?"


*****
Dong Ju melihat sebar coklat yg dipegangnya.Dia tersenyum sendiri.  Mesti dia happy bila dapat coklat favourite dia ni.
*****
"Coklat?Dia suka coklat apa?"tanya Ji Ho.
"Seingat aq,coklat yg dia suka tu jarang dijual.Cuma Dong Ju je yg tahu kat mana coklat tu boleh dibeli."jawab Kyra.   Kau masih tak sedar ke yg Dong Ju & Ga Eul memang tak dapat dipisahkan?Hubungan mereka tersangat rapat,malah mereka saling mencintai antara satu sama lain,cuma masing-masing tak tahu lagi.Camne aq nak bagitahu pasal tu pada kau,jika kau terus memegang harapan untuk memiliki hati Ga Eul yg sudah lama dimiliki?Bagaimana hendak aq katakan yg aq mencintai kau sejak kita mula kenal lagi?
Ji Ho berfikir sejenak.   "Kau tahu apa jenama coklat yg dia suka tu?"
Fikiran Kyra ligat mengingati semula jenama snek ringan kegemaran Ga Eul.  "Hmm,kalau tak silap,Coklat Kastel."
Ji Ho tersenyum mendengar jawapan Kyra.
*****
Dong Ju berjalan ke arah kantin pada waktu rehat.Dia tahu Ga Eul pasti akan memarahinya kerana datang lewat ke sana.  Tapi,mesti tak jadi marah lagi bila tengok coklat tu!  Dong Ju tersenyum sendiri.
*****
"Special untuk awak.Ambillah...,ikhlas ni."ucap Ji Ho sambil menghulurkan sekotak coklat Kastel.Dia menghadiahkan senyuman yg begitu manis.
Lidah Ga Eul kelu.Dia agak terkejut dgn pemberian Ji Ho.  Coklat Kastel...favourite aq!Cam tahuje dia yg aq suka sangat kat coklat ni.Cuma...  Wajah Ga Eul yg kelihatan teruja pada awal tadi berubah muram.
Ji Ho gelisah.  Apasal lak ni?Kyra bagi info yg salah ke?  "Awak cam tak happy je.Awak tak suka coklat ni eh?"tekanya.
Ga Eul mengukir senyuman sambil memandang Ji Ho.Dia menggeleng perlahan.  "Bukan camtu.Saya happy bila awak bagi coklat ni...coklat kegemaran saya pulak tu!Cuma...surprised sikit je."jelas Ga Eul memberi alasan.  Bukan sebab tu.Aq sebenarnya teringatkan Dong Ju.Dari dulu dia yg selalu bagi coklat ni kat aq.Malah,cuma dia seorang je yg tahu kat mana coklat ni dijual.Tapi bila Ji Ho buat camni,aq rasa bersalah pula.Aq tak pasti kenapa aq rasa camtu...Cuma aq rasa gembira disamping Ji Ho walaupun kami baru kenal.
Dong Ju merenung sedih.Dia bersandar pada dinding yg menjadi  tempat persembunyiannya sewaktu mengintai Ji Ho & Ga Eul tadi.Hatinya luluh.   Mungkin ke...aq dah terlambat untuk memiliki dia?
*****
Sebulan kemudian.
Kyra sudah 3 hari ber-turut2 tidak hadir sekolah.Hal ini merisaukan Ga Eul & Ji Ho.Manakala Dong Ju pula tidak kisah kerana dia tidak begitu rapat dgn gadis pintar itu.
Pada mula,Ga Eul telah  pergi menziarahi Kyra sendiri tetapi tidak dilayan.Akhirnya,Ji Ho mengambil keputusan untuk menggantikan Ga Eul ke sana pula.
"Kenapa lama tak datang sekolah?Kau tak sihat?"tanya Ji Ho.Dia memandang sahabat karibnya yg seorang itu.Dia mengamati wajah tersebut.  Walaupun muka dia nampak pucat sikit,tapi tetap nampak cantik.Aq sedar dia memang lebih cantik daripada Ga Eul,namun di mata aq,hanya Ga Eul sahaja yg lawa dalam dunia ni.Walaupun dia tidak sepintar Kyra,Ga Eul pandai menjaga perasaan orang lain.Kyra pula sering berdiam diri & akan cakap berterus-terang dgn sinis jika tidak sukakan sesuatu.
Reaksi wajah Kyra tetap tidak berubah,betul2 seperti orang sakit.  "Aq demam sikit je,bukannya nak mati pun.Tiba2  datang melawat  ni,ada apa?"ujar Kyra dgn lagak seperti tidak senang dgn kehadiran jejaka itu padahal perkara yg sebenar adalah sebaliknya.   Tak sangka dia datang juga akhirnya.Ni mesti lepas dipujuk Ga Eul.Ahh,lantak la.Asalkan aq dapat jumpa ngan Hyun Ji Ho.
"Nothing,I have mood today to see you.Itupun Ga Eul yg minta.Bangga lak rasanya."ujar Ji Ho sambil tersenyum girang.
Kyra berasa sakit hati.Dia lantas bangun & mahu beredar sebelum Ji Ho turut berdiri bersamanya.  "Eh,kau nak pergi mana?"tanya Ji Ho.Dia agak terkejut apabila Kyra segera berdiri.
"Nak masuk bilik..rehat.Kau pergi la balik."ujar Kyra acuh tak acuh.Dia terus melangkah pergi meninggalkan Ji Ho yg kebingungan di situ.
*****
"Ayah awak bos syarikat Kastel?Coklat Kastel kegemaran saya tu?"
Ji Ho mengangguk. "Yup!Kenapa ni...macam terkejut je..."teka Ji Ho.
Ga Eul menunduk.  Kaya betul family dia ni.Segannya aq...dahla famili aq cuma cukup makan je.Tak sangka dia sudi keluar ngan aq selalu camni.   "Boleh saya tanya sesuatu?Tapi saya bukannya berniat apa2."
Ji Ho tersenyum.Dia senang dgn kenaifan & kelurusan yg dimiliki Ga Eul.  "Takpe.Apa yg awak nak tanya?"
Ga Eul terdiam seketika untuk menyusun kata2.Dia cuba untuk memandang tepat ke wajah Ji Ho tetap Ji Ho terlebih dahulu memandangnya.   Ish,jangan la pandang aq camtu.Seram sejuk je ni...
"Kenapa awak selalu ajak saya keluar...makan dgn saya...study ngan saya...Saya sedar saya ni siapa,cuma orang biasa je.Bukan macam awak,kaya."ujar Ga Eul.
"Saya selesa bersama awak.Saya tak kisah dgn semua benda karut tu.Kononnya perbezaan darjat memustahilkan segalanya,especially soal cinta.Love doesn't know all those matters  except one thing called heart."jelas Ji Ho panjang lebar.
"Maksud awak,Ji Ho?"tanya Ga Eul kembali.  Aq tahu la kau pandai,tapi jangan berfalsafah dgn aq.Amenda pun aq tak faham.Kalau Maths bolehla aq take in charge sekali.
"Saya...sukakan awak.Boleh awak jadi teman wanita saya?"
Suasana menjadi sepi apabila mereka berdua saling berpandangan tanpa berbicara.
*****
Dong Ju sedang membuat persiapan menjelang uji  bakat  mencari  pelakon  pada hari lusa.Tak lama kemudian,dia duduk berehat di atas katil.
Aq terlalu rindukan dia.Tapi sejak hari tu...aq rasa lain sangat.Hubungan kami dah tak se-belangkas dulu.Lepak waktu malam cam biasa pun jauh sekali.Aq akui yg aq rasa sedih,lebih2 lagi bila dia asyik berkepit dgn budak kaya tu je.Buat aq rasa sangsi...,diorang berdua ada apa2 ke?
*****
Ga Eul  berdiri di hadapan pagar rumah Dong Ju.Dia mahu menekan loceng tetapi beberapa kali niatnya batal untuk berbuat demikian.Tidak lama kemudian,Dong Ju yg berpakaian segak keluar dari pagar tersebut.Lelaki itu agak terkejut melihat Ga Eul.
"Kau buat apa kat sini?"tanya Dong Ju.
"Mak kau bagitahu yg kau berjaya dalam audition hari tu."jawab Ga Eul.Dia seperti kekok apabila berada di situ bersama Dong Ju.   Maklumlah...dah lama kitorang tak berjumpa camni.
"Jadi?"
Ga Eul cuba mententeramkan hatinya untuk berlagak seperti biasa.Dia berjalan menghampiri  Dong Ju.   "Kau fikir aq ni sape hah?Good news camni bukannya nak inform kat aq.Aq sedar yg kau tu akan jadi artis tak lama lagi.Siapalah yg nak hairan pasal aq ni.Teruk betul!"ujar Ga Eul seraya menampar lengan kiri lelaki itu dgn sekuat hati.
Dong Ju menjerit kesakitan.Dia mengusap-usap bahagian lengannya yg ditampar Ga Eul.  Gadis itu tersenyum sinis.   "Kau ni apahal ar?Dahla lama kita tak jumpa.Tiba2 je pukul aq.Sakit wo!"bentak Dong Ju.   Aq tengah cedera parah ditampar dia,boleh lagi dia buat senyuman yg menakutkan tu!
*****
Dong Ju & Ga Eul berjalan  beriringan  di sekitar Sungai Han.
"Seronok tak jadi artis?"
"Not bad.Tapi aq baru je sebulan jadi artis.Penat juga la.Banyak shooting.Sebab tu aq banyak kali tak datang sekolah."jawab Dong Ju.
"Selain pelakon,kau tak nak jadi lain ke?Penyanyi ke..pengacara ke...dj ke...?"tanya Ga Eul lagi.
"Aq minat berlakon je sekarang ni.Tapi tak tahu la pulak nanti.Hei,asyik cakap pasal aq je.Kau la pulak."
Ga Eul tersengih.  "Apa yg nak cakap pasal aq pun?Takde apa2 citer pun,camtu je la kehidupan aq."
"Bukan kau dgn anak orang kaya tu couple ke?"Dong Ju tersenyum sambil memandang gadis itu.
Ga Eul berdiam diri seketika.   "Mana kau tahu citer ni?"   Perlu ke kau tanya pasal tu?
"Takkan la seorang abang tak tahu tentang adik dia.Amacam,happy tak?Mesti dia bagi kau banyak hadiah,kan?Ya la,dia kan kaya."ujar Dong Ju tanpa berkalis.
"Tapi dia selalu hadiahkan cinta dia pada aq.Dia terlalu baik,seperti malaikat dalam syurga."
Dong Ju hairan dgn reaksi pada wajah Ga Eul.   Cakap macam tak happy je...
Ga Eul sedar dirinya diperhatikan Dong Ju.   Bukannya aq tak happy,cuma rasa  bersalah sebab aq sayangkan kau lebih dari aq sukakan dia.
"Er,Dong Ju...aq nak balik dulu la.Esok kan kau ada shooting.Aq tak nak ganggu kau.Kau berehat secukupnya,okey?Nanti bila drama lakonan kau akan ditayangkan kat tv,jangan  lupa bagitahu aq.Bye..."Ga Eul melangkah pergi.Tiba2 saja tangannya ditarik ke dalam dakapan Dong Ju.
"Kau boleh terus sayangkan aq...lebih daripada kau sukakan Ji Ho."ujar Dong Ju perlahan sambil memeluk erat gadis itu.
Kyra hanya berdiam diri memerhatikan mereka berdua tidak jauh dari situ.Plastik yg mengandungi buku yg baru dibelinya tadi digenggam kuat.
*****
Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang 2 hari saja lagi.Mereka berempat sibuk dgn urusan masing2.Ga Eul dgn Ji Ho sering belajar bersama-sama.Dong Ju pula terpaksa mencuri masa ketika penggambaran untuk mengulang kaji pelajaran manakala Kyra sendirian menelaah pelajaran di kamarnya.
*****
Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan,semua pelajar Sekolah Menengah Tinggi Gangnam berkumpul di dewan sekolah tersebut sambil menunggu keputusan peperiksaan masing2 diumumkan oleh guru kelas dgn penuh debaran.
"Straight A?Tak sangka kau ni pandai juga eh."ucap Dong Ju seperti memperli.
Ga Eul menjeling.  "Kalau aq tak pandai,tak de ar kau selalu copy homework aq je."balas Ga Eul,memperli Dong Ju kembali.
Mereka berduaan pada waktu itu di luar dewan sambil melihat keputusan masing2.Ga Eul memperoleh 1A+,4A & 3A-   manakala  Dong Ju pula meraih  4A & 4A-.
"Korang kat sini rupanya."sapa Ji Ho dari jauh.Dia berjalan menghampiri mereka.Kyra turut berada di sisinya.
"Biasalah,diorang berdua pasti akan bersama tak kira di mana sekalipun...,kan?"ujar Kyra sambil memandang tajam Dong Ju & Ga Eul.2 sahabat karib itu berasa hairan akan kata2 Kyra.
Ji Ho memegang erat tangan teman wanitanya sambil tersenyum.  "Awak dapat straight A juga kan?"
Ga Eul mengangguk sambil tersenyum. "Ya.Ji Ho,tahniah sebab dapat Anugerah Pelajar Terbaik tahun ni.Dahla dapat 8A+."ucap Ga Eul.
"Thanks.Kyra pun dapat anugerah tu juga.Tak nak ucap tahniah ke?"
Ga Eul memandang Kyra sambil mengukir senyuman manis. "Kyra,tahniah untuk kau."ucapnya.  Kyra Cuma mengukir senyuman tawar.
Dong Ju geram dipinggirkan di situ.  "Aq sedar la aq satu A+ pun takde.Tapi jangan la buat seolah-olah aq hantu kat sini."ujar Dong Ju seperti merajuk.
Ga Eul melepaskan pegangan Ji Ho lalu mendekati Dong Ju yg berada di hadapannya.  "Hei,kitorang tak kisah la.Apa la kau ni,kuat terasa!"ujar Ga Eul sambil ketawa kecil.
Ji Ho agak berkecil hati apabila Ga Eul bertindak sebegitu,tetapi dia cuba berlagak tenang.   "Untuk raikan kecemerlangan kita ni,apa kata kalau kita pergi bercuti?...Kat Pulau Jeju?"
*****
Ga Eul tersenyum girang sambil mendepakan tangannya.  "Wahh,cantiknya  pemandangan kat sini...!"
Ga Eul,Ji Ho,Dong Ju & Kyra sedang berada di pinggir pantai Jeju.Jam menunjukkan 3 petang namun matahari masih lagi terik.
"Hei,kau ni macam orang kampung betul la.Tak perlu nak menjerit camtu."ujar Dong Ju selamba.
Kyra  cuma  diam  memerhatikan Ga Eul.  Betul tu,macam budak2  pun  ada.
Ga Eul mencebik mendengar kata2 Dong Ju.
Ji  Ho  tersenyum  melihat  keletah  Ga  Eul. "Ga  Eul,awak lapar tak?Jom pergi  makan."
*****
Mereka mengambil tempat di Restoran  Sunshine,sebuah restoran makanan laut yang terletak tidak jauh dari pinggir laut.
Seorang pelayan lelaki menghidangkan makanan yg dipesan ke atas meja lalu beredar.
"Tak sangka bannyak betul makanan yg kau pesan,Ji Ho!Macam nak raikan sesuatu je!"ujar Dong Ju sambil matanya rakus melihat setiap hidangan yg terhidang di atas meja.
"Ada berita baik ke,Ji  Ho?"tanya Kyra pula.
Ji  Ho tersenyum.  "Aq dah dapat tawaran belajar...kat  Oxford."ujarnya.
Dong Ju & Kyra sedikit terkejut dgn khabar tersebut.Kemudian mereka berdua turut tersenyum.  "Tahniah untuk kau."ucap  Dong  Ju.
"Ga  Eul,kau nampak biasa je.Aih,takkan tak happy bila teman lelaki dapat gi belajar kat oversea?"tanya Kyra sambil tersenyum sinis.  Ya la,kau pun sebenarnya bukan hairan sangat pasal Ji  Ho.Kau hanya pedulikan Dong Ju je.
"Sebenarnya...aq..."
"Ada  apa,Ga  Eul?"tanya Dong Ju kehairanan.  Macam  ada  sesuatu  yg tak  kena  je.
Ji  Ho menjawab bagi  pihak  Ga  Eul.  "Ga  Eul pun akan belajar kat sana juga,dalam bidang seni reka hiasan dalaman.Kami berdua akan ke sana bulan depan."
Kali ini,Dong Ju & Kyra benar2 terkejut.Hampir terhenti nafas mereka berdua.Mereka tersentak lalu terdiam seketika.
Ji  Ho perasan akan reaksi 2 orang rakan karibnya itu.  "Kenapa dgn korang ni?Pucat semacam je...sakit?"tanyanya.   Ya ar,macam baru nampak hantu je...!
Kyra berpaling lalu memandang ke tempat lain.  "Nampaknya jurang antara kita berdua akan semakin jauh selepas ini.Dahla kau belajar kat London,jauh dari Poland temapt aq belajar nanti.Siap ada Ga Eul sekali kat situ.Kau betul2 buat aq nampak menyedihkan,Ji Ho."bisik hati kecilnya.
Dong Ju cuba mengukir senyuman.  "Kira tinggal aq sorang je la kat sini.'Adik'  kesayangan  aq  yg  sorang  ni  pun  akan  pergi  oversea  juga  ikut  boyfriend  dia,dah  takleh  nak  buat  apa2 .Uh...,jealousnya  aq ngan orang pandai macam korang bertiga!"ujar Dong Ju seakan tidak kisah dgn semua itu.   Walaupun  Ga  Eul couple  ngan  Ji  Ho,tak  sangka  dia  akan  ikut  orang  kaya  tu  pergi  belajar  kat  oversea  sama2...meninggalkan  aq  sendirian di  sini.
*****
Ji  Ho  &  Ga  Eul  berjalan  beriringan  menyusuri  tepi  pantai.Hanya  mereka  berdua  berada  di  situ manakala  Dong  Ju  &  Kyra  pula  melakukan  urusan  masing2 di hotel  tempat  mereka  semua  menginap.
"Ga  Eul,kenapa  awak  pilih  bidang  reka  bentuk  hiasan  dalaman?"tanya  Ji  Ho sambil memerhatikan  Ga  Eul  yg  sedang  merendam  kaki  di  gigi air.
Ga  Eul  menoleh  sebaik  sahaja  mendengar  suara  Ji  Ho.  "Sebab  saya  minat  ubah  suai  hiasan  rumah.Tapi  dalam  masa  yg  sama,saya  teringin  juga  nak belajar  camne  caranya  hias  pejabat.Sebab  semua pejabat  cam  sama  je,boringla.Saya  nak  reka  sesuatu  yg  baru.Awak?"
"Hmm?" Ji  Ho  seolah  meminta  Ga  Eul  mengulang kembali  kata  terakhirnya  tadi.
Ga  Eul  ketawa  kecil.  "Kenapa  awak  pilih  bidang  arkitek?Sebab  dgn  result  cemerlang  awak,awak  boleh  jadi  doktor  macam  Kyra,jadi  professor ke...atau  jadi  businessman  cam  ayah  awak ke..."
"Sebab  awak  pilih  bidang  seni  reka  bentuk  hiasan  dalaman,saya  kenalah  pilih  seni  bina...baru  nampak  sepadan  dgn  awak..."ujar  Ji  Ho  sambil  mencurahkan  air  laut  yg  digenggamnya  ke arah Ga Eul.
Kemudian,mereka berdua saling berkejaran  sambil  bergelak ketawa.
Kyra  memerhatikan  mereka berdua  dari balkoni biliknya yg terletak di tingkat 10.   Aq  sedar  yg aq iri  melihat  kemesraan  diorang.Tapi apa yg lebih menyakitkan hati aq adalah...lakonan  Ga  Eul seperti dia juga mencintai Ji  Ho.Huh...!
*****
Jam  menunjukkan  angka  9 malam.
Ji  Ho  &  Dong  Ju berkongsi  bilik  bernombor  124,hanya  bersebelahan dgn  bilik  125,tempat  Ga  Eul  &  Kyra  menginap.
Ga  Eul  sedang  merapikan  diri  di  hadapan  cermin.Dia tersenyum  sendiri.   Cantik gak  pijama  baru  aq  ni.Tapi kan...,muka  aq  lagi  lawa!Hehe...
Kyra  yg  hanya  duduk  di atas katil  sambil  bersandar  pada  dinding  &  membaca  buku,memerhatikan gelagat  Ga  Eul  dari  tadi.Dia  merenung  tajam  gadis  itu.   Dari  tadi  tak  habis2  menghadap  cermin...meluat  betul.Macam  la  dia  tu  cantik  sangat!!!
"Ga  Eul,may  I  ask  you  something?"tanya  Kyra.Dia  menutup  buku  bacaannya  lalu  meletakkannya  di  atas  meja  lampu  di  sebelah  katil.
Ga  Eul  segera  menoleh  lalu  memandang  Kyra.  "Hmm?"  Uish,apahal  tetiba  je  dia  cakap  inggeris  ni?Huh,ni  mesti  benda  yg  serius.Macam  la  aq  tak  kenal  si  Kyra  Gu tu!
"Kau  memang  betul2  sayangkan  Dong  Ju?"
Ga  Eul  berasa  aneh.  "Mestilah!Dia kan dah  macam  abang  aq.Kenapa  tetiba  je  kau  tanya  camtu?"
Kyra  senyum  sinis.Dia  menyilangkan  tangannya  lalu  dirapatkan  ke  tubuhnya.   "Camne  dgn  Ji  Ho?Takkan lah  kau  sayang  dia  macam  kau  sayangkan  Dong  Ju?"
"Apa  maksud  kau  sebenarnya,Kyra?"
"Kau  tak  boleh  mencintai  kedua-duanya  sekali  gus.Kau  terpaksa pilih  salah  seorang  daripada  mereka  berdua.Either  your  brother  or  your  lover,Kim  Ga  Eul."ujar  Kyra.Dia  segera  bangun  lalu  ke  bilik  air,meninggalkan  Ga  Eul  yg  kebingungan  di  situ.
Ga  Eul  menoleh  lalu  memandang  ke  cermin  semula.  Betul  apa  yg  kau  cakap,Kyra.Tapi  kau  tahu  tak,betapa  sukarnya  aq  nak  buat  pilihan.
*****
Ji  Ho  terjaga  dari  tidurnya.Dia  segera  melihat  jam yg tertera pada skrin handphonenya.  Huh,baru jam 2 pagi!
Dia  bangun  lalu  bersandar  pada  kepala  katil.  Huh,mimpi  apa  yg  aq  alami  ni?   Ji  Ho  melihat   Dong  Ju  yg  sudah  lama  lena  di  katil  sebelah.Dia  memandang  sahabatnya  itu  dgn  penuh  gelisah.   Kau...akan  rampas  dia?
*****
Mereka  berempat  bersepakat  untuk  bersarapan  di  kafe  hotel  bersama-sama  pada  pagi  esoknya.
Ji  Ho  &  Dong  Ju  beredar  untuk  mengambil  makanan  buat  mereka  semua,meninggalkan  Ga  Eul  &  Kyra  berduaan  di  meja.Mereka  duduk  berhadapan.
Kyra  memandang  Ga  Eul  sambil  tersenyum  sinis.  "Jadi  camne,kau  dah  fikir  masak2 pasal  hal  semalam,Ga  Eul?"tanyanya.
Ga  Eul  seperti  kurang  faham.  "Fikir  pasal  apa lak?"
"Kau  tak  perlu  berpura-pura  camtu.Aq  tahu  kau  tak  bodoh  ataupun  seperti  gadis  lain  yg  mudah  pasrah.Kau  pasti dah  fikir  tentang  hal  tu  semalaman  bukan?"
Ga  Eul  sedikit  tergamam  mendengar  kata2  kawannya  itu.Dia  terus  mengamati  wajah  ayu  Kyra.   Kyra,walaupun  kita  dah  lama  kenal,tapi  aq  masih  belum  dapat  memahami  diri  kau  yg  sebenarnya.Seolah  kita  berdua  tidak  pernah  mengenali.
"Hmm,memang  betul  apa  yg  kau  cakap.Aq  tak  boleh  ambil  kedua-duanya  sekali.Aq  dah  fikir  semalam  &  aq dah  buat  keputusan."ujar  Ga  Eul.
"So,apa  keputusan  kau  tu?"
"Aq  takkan  tinggalkan  Dong  Ju  sebab  aq  sayangkan  dia  lebih  daripada  aq  sayang  Ji  Ho."
Kyra  tersenyum  sinis.  "Huh,aq  dah  agak  kau  akan  cakap  camtu."katanya.
Ga  Eul  menyambung  lagi,  "...tapi  aq  juga  takkan  lepaskan  Ji  Ho...sebab  aq  tak  mahu  melihat  kau  pula  yg  merebut  dia  daripada  aq."ujarnya  sambil  tersenyum  sinis.
Kyra  pula  yg  tergamam  kali  ini.  Ga  Eul,kau  benar2 licik!Sanggup  kau  buat  camtu  pada  dioramg...terutamanya  Ji  Ho?!Kau  cuma  pentingkan  diri!
*****
Pada  waktu  malam...
Ga  Eul  duduk  di  pinggir  pantai  bersendirian  sambil  menghadap  laut  yg  terbentang  luas.Kedua-dua  kakinya  dirapatkan  manakala  lutut  sama2  bertemu  lalu  dirapatkan  ke  dada.Gadis  itu  termenung  sendiri. Meskipun  tiada  apa  yg  dapat  dilihat,namun  bunyi  ombak  memukul  pantai  kedengaran  begitu  deras.
Dong  Ju  berdiri  di  sisinya.  "Kenapa  kau  nak  jumpa  aq  malam  buta  ni?Tak  takut  ke  kalau  Ji  Ho  atau  Kyra  nampak?Huh,dah la  aq  ngantuk."ujar  Dong  Ju  berjela-jela,tak  ubah  seperti   berleter.
Ga  Eul  menghulurkan  tangannya  sambil  memandang  Dong  Ju.Dong  Ju  yg  faham  segera  menyambut  tangan  tersebut  lalu  membantu  Ga  Eul  untuk  berdiri  semula.
Dong  Ju  memandang  Ga  Eul.  Lain  macam  je  aq  tengok  dia  malam  ni.  "Hei  Ga  Eul,kau  okey  ke?Cam  kena  rasuk  je."katanya.
Ga  Eul  tidak  memandangnya  tapi  melihat  laut.  "Dong  Ju,hari  ni  Kyra  langsung  tak  tegur  aq.Kau  tahu  tak  kenapa?"
"Manalah  aq  tahu.Kenapa?Korang  gaduh  ke?"
"Mungkin  dia  marah  sebab  aq  cakap  sesuatu  yg  menyakitkan  hati  dia  pagi  tadi."
"Oh,patut ar  muka  dia  cam  frust  je  masa  breakfast  tadi.Apa  yg  kau  cakap  kat  dia?"
"Something  yg  pasti  akan  mematahkan  hati  seorang  gadis  seperti  dia  &  cukup  menunjukkan  yg  aq  ni  pentingkan  diri."
Dong  Ju  memegang  tangan  kanan  gadis  itu.  "Ga  Eul,baik  kau  terus  terang  ngan  aq.Apa  sebenarnya  yg  dah  berlaku?"ujarnya.
Ga  Eul  masih  tidak  memandang  Dong  Ju.  "Aq  masih  tak  dapat  mengenali  Kyra  walaupun  kitorang  dah  lama  jadi  kawan  baik.Padahal  hakikat  yg  sebenar  adalah,aq  pun  tak  mampu  untuk  mengenali  diri  sendiri  dgn  baik.Sampai  sekarang,aq  keliru...siapa  yg  harus  aq  pilih...siapa  yg  patut  aq  cintai."ujar  Ga  Eul.Setitis  air  jernih  mengalir  keluar  dari  matanya.
Dong  Ju  yg  memahami  isi  hati  Ga  Eul  terus  memeluk  gadis  itu.Sedikit  rasa  kesal  timbul  di  hatinya.  "Maafkan  aq...sepatutnya  aq  beritahu  kau  awal2  lagi  pasal  perasaan  aq  kat  kau.Aq  minta  maaf,Ga  Eul..sebab  dah  buat  kau  menderita  seperti  ni."ujarnya.
Mereka  berpelukan  dgn  erat  buat  beberapa  lama.Angin  laut  bertiup  tenang.
"Aq  ni  jahat  sangat  ke  sampai  hidup  Ga  Eul  menderita  bersama  aq,Dong  Ju?"
Dong  Ju  &  Ga  Eul  tersentak.Mereka  segera  melepaskan  pelukan  lalu  memandang  Ji  Ho  yg  berada  tidak  jauh  dari  mereka.Lelaki  itu  meletakkan  tangannya  di  dalam  kocek  seluar  sambil  mengukir  senyuman  sinis.
"Ji  Ho..."kata  Ga  Eul  mahu  menjelaskan  keadaan  yg  sebenar  tapi  dihalang   Dong  Ju.
Dong  Ju  menolak  menarik  tangan  Ga  Eul  ke  belakang  sedikit.  "Kalau  aq  kata  ya,apa  kau  nak  buat?"ujar  Dong  Ju,membalas  soalan  Ji  Ho.  Ga  Eul  agak  terkejut  dgn  kata2  Dong  Ju.
"Aq  takkan  lepaskan  dia...terutama  sekali  pada  kau.Aq  akan  genggam  dia  seeratnya  sampai  bila2."ujar  Ji  Ho  pula.Dia  memandang  wajah  Ga  Eul.Gadis  itu  hanya  memandang   ke  bawah.  Ga  Eul,aq  maafkan  aq  yg   terpaksa  buat  camni.Aq  tak  mahu  kehilangan  kau...meskipun  aq  tahu  kau  mungkin  lebih  menyayangi  Dong  Ju  daripada  aq.
Dong  Ju  pula  tersenyum  sinis.  "Kau  takkan  boleh  buat  macam  tu.Dulu,dia  milik  aq  sehinggalah  kau  muncul  &  rebut  dia  daripada  aq.Kini,aq  akan  ambil  balik  harta  aq  yg  satu  ni...Kim  Ga  Eul  tetap  milik  aq."ujar  Dong  Ju  sambil  menggenggam  erat  tangan  Ga  Eul.Dia  menoleh  untuk  memandang  gadis  itu  seketika.
Ga  Eul  menggeleng.  "Dong  Ju,hentikan  semua  ni  sekarang.Aq  tak  nak  keruhkan   keadaan.Tolonglah..."rayu  Ga  Eul.Kali  ini,lebih  banyak  air  sudah  bergenang   di  kolam  matanya.   Tak  sangka....Ji Ho  jadi  kejam  camtu  disebabkan  aq.
*****
Mereka  berempat  pulang  ke  Seoul  pada  esok  hari.Hubungan  antara  satu  sama  lain  menjadi  tegang  lantaran  peristiwa  sepanjang  hari  yg  menyedihkan  itu.
*****
2  minggu  kemudian...
Dong  Ju  mengetuk  pintu  rumah  Ga  Eul.Pn.Kim  muncul  apabila  pintu  dibuka.
"Anneyonghaseo,mak  cik."ucap  Dong  Ju  sambil  menunduk  hormat.
Pn.Kim  tersenyum.  "Ya.Kamu  nak  jumpa  Ga  Eul?Tapi  dia  takde  kat  rumah."ujarnya.
"Dia  pergi  mana,mak  cik?"tanya  Dong  Ju.
"Jumpa  kawan  katanya.Mak  cik  ingat  dia  jumpa  kamu.Mungkin  dia  ada dgn  Kyra  atau  Ji  Ho  kut."
*****


Di  Petite  of  France...
Ga  Eul  &  Ji  Ho  berdiri  secara  berhadapan  antara  satu  sama  lain.Jarak  mereka  kurang  dari  2 meter.Keadaan  sekeliling  langsung  tidak  dihiraukan.
"Saya  minta  maaf  atas  apa  yg  berlaku  ni.Saya  sedar  yg  awak  sakit  hati  pasal  saya,jadi  saya  minta  maaf.Tapi,saya  pasrah  kalau  awak  tak  nak  maafkan  saya."ujar  Ga  Eul.Dia  memandang  ke  bawah  setelah  selesai  menghabiskan  kata2nya.
Ji  Ho  memandangnya  tanpa  berkelip.  "Awak  rasa  bersalah  ke?"soal  Ji  Ho.   Ga  Eul  mengangguk  perlahan  namun  pandangannya  masih  tetap  ke  bawah.
"Buat  apa  awak  nak  rasa  bersalah  pada  saya  pulak?"soal  Ji  Ho  lagi.
Ga  Eul  memandang  Ji  Ho.Mereka  saling  berpandangan.Ga  Eul  mengamati  wajah  jejaka  tersebut.
"Apa  yg  awak  nak  sebenarnya?"soal  Ga  Eul  yg  cuba  memberanikan  dirinya.
Ji  Ho  menujukan  jari  telunjuk  kanannya  ke  arah  gadis  itu.  "Awak."jawabnya  ringkas.Dia  tersenyum  sendiri,kemudian  wajahnya  menjadi  serius  semula.  "Macam  mana  dgn  awak?Apa  yg  awak  nak  sebenarnya?"soalnya  pula.
"Saya  harap...kita  tak  pernah  jumpa  ataupun  kenal.Jadi  saya...tak  perlu  jatuh  hati  kat  awak."balas  Ga  Eul  setulusnya.  Ya,memang itu  yg  aq harapkan.Jika  kita  tak  berjumpa  dulu,pasti  semua ni   takkan  berlaku.Sudah  tentu,dalam  hati  aq  hanya  ada  Dong  Ju,tidak  perlu  dibahagikan  kepada  sesiapa  pun.Tapi...yg  paling  penting  adalah...hati  kau  takkan  terluka.
Ji  Ho  tersenyum  lagi.  "Awak...tak  pernah  langsung  sukakan  saya...walau  sedikit?Huh,sepatutnya  saya  tanya,pernah  ke  ada  tempat  untuk  saya  dalam  hati  awak  yg  kecil  tu?"ujarnya.
Ga  Eul  hanya  terus  memandang  tepat  ke  arah  Ji  Ho.  "Awak  akan  tahu  esok.Samada  saya  ikut  awak  pergi  London  atau  tak,itu  akan  jadi  kunci  kepada  jawapan  saya  nanti."ujarnya.  Mereka  saling  berpandangan  untuk  beberapa  ketika.
*****
"Kau  betul2  pasti  dgn  keputusan  kau?"
Tiada  lagi  bunyi  cengkerik  di  taman  permainan  tersebut  pada  waktu  malam  seperti  selalunya.Ga  Eul  &  Dong  Ju  saling  berpandangan.Mereka  berdiri  menghadap  satu  sama  lain  dgn  jarak  1  meter.
Ga  Eul  mengangguk.  "Aq  dah  sedar  sekarang  ni.Hidup  mesti  diteruskan  tak  kira  apa  pun  yg  terjadi.Kita  dah  bersama  sejak  kecil  lagi,malah  kau  pun  dah  jadi  sebahagian  dari  sejarah  hidup  aq  yg  tak  banyak  makna  ni.Tapi,apa  pun,dia  muncul  dalam  hidup  aq...masa  depan  aq  mungkin  ada  padanya.Lagipun,aq  takkan  lepaskan  peluang  belajar  kat  Oxford."ujarnya.
"Tapi,Ga  Eul..."Dong  Ju  cuba  memujuk  gadis  itu.
"Mungkin  aq  dah  lukakan  hati  kau,tapi  aq  harap  kau  faham."sambung  Ga  Eul  lagi.
*****
Ji  Ho  melangkah  masuk  ke  dalam  pesawat.Dia  mengeluh.  Ga  Eul  pilih  untuk  tinggal  kat  sini  ke?
Ji  Ho  duduk  di  tempat  yg  disediakan..di  sebelah  tingkap.Dia  merenung  ke  luar.  Terlalu  banyak  kenangan  manis  aq dgn  Ga  Eul  kat  sini.Sukar  aq  nak  lupakan  meskipun  aq  terpaksa  buat  camtu  sebaik  saja  flight  ni  berlepas  nanti.Kenapalah  susah  untuk  membuatkan  dia  mencintai  aq  sebagaimana  dia  mencintai  Dong  Ju?
"Jauh  termenung.Ingat  kat  siapa  tu?"
Ji  Ho  segera  menoleh  ke  sebelah  kanan.Dia  sedikit  terperanjat.
Ga  Eul  ketawa  kecil  melihat  reaksi  wajah  Ji  Ho.  Ish  dia  ni,buat  muka  tak  boleh  bla  dia  tu  lagi!   "Hyun  Ji Ho,apahal  awak  pandang  saya  camtu?Pelik  sangat  ke  kalau  saya  ada  kat  sini  sekali pun?"soalnya  sambil  tersenyum  sumbing.
Ji  Ho  hanya  menggeleng  sambil  tersenyum  gembira.
Ga  Eul  terlihat  se-bar  coklat  yg  masih  belum  dibuka  pembalutnya  berada  di  tangan  Ji  Ho.  "Coklat  Kastel  ke  tu?Nak , boleh?"
"Ambillah."jawab  Ji  Ho,ringkas.Dia  menghulurkan  coklat  tersebut  kepada  Ga  Eul.
Ga  Eul  pantas  mengambil  coklat  itu  dari  tangan  Ji  Ho  lalu  membuka  pembalutnya.Ji  Ho  memerhatikan  Ga  Eul  seketika.
"Awak...pilih  saya?"   Ji  Ho  membuka  mulut  apabila  Ga  Eul  sedang  mengoyakkan  pembalut  coklat.
"Hei,jangan  nak  buat  lawak  la!Mestilah  saya  pilih  awak.Awak  kan  kekasih  saya."balas  Ga  Eul  yg  mahu  makan  coklat  itu.
Ji  Ho  terharu.  Tak  sangka  kau  masih  ingat  aq.   "Kim  Ga  Eul..."panggilnya.
Ga  Eul  memandangnnya  sambil  mengangkat kening.
"Terima  kasih."ucap  Ji  Ho  sambil  menggenggam  tangan  kiri  Ga  Eul.
Ga  Eul  hanya  tersenyum  lalu  memakan  coklat  tersebut.
*****
Kyra  selamat  sampai  di  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Poland.Dia  menolak  troli  yg  mengangkut  bagasinya  ke  arah  pintu  keluar.Dia  memandang  ke  langit.Hanya  satu  wajah  yg  bermain  di  matanya.   Hyun  Ji  Ho  ,  mungkinkah  kita  akan  bertemu  lagi?

TAMAT




No comments :