Kesilapan Hati




Hati, mengapa ia
Terlalu mudah disakiti,
Terlalu mudah dinodai,
Mudah dimungkiri manusia.

Hati, mengapa ia
Mudah ditipu manusia,
Mudah ditipu akal,
Mudah ditipu nafsu diri,
mudah ditipu perasaan yang tidak pasti.

Hati, ruang indah penuh pengertian,
Tersingkap  seribu satu rahsia,
Tidak mungkin terungkap di bibir,
Rahsia tentang dirinya ku pendam ini.



Setiap rahsia terpendam ini,
Tiada siapa yang mengerti,
Walau beribu kali ku ungkapkan,
‘Aku sayang kamu’ .

Persahabatan terjalin hampir musnah,
Hanya keranamu, sayang.

Hidupku musnah keranamu teruna,
Hatiku hancur kerana dinginmu.

Teruna idaman bukan milikku,
Aku tidak sanggup dilukai,
Walau ia bukan silapmu,
Aku tabahkan hati kerana kesilapan hatiku.

Tatkala hatiku tertutup,
Dirinya hadir menyinar hidupku,
namun, cinta yang ku pendam
untuknya sebelummu telah hilang.

Aku tabahkan diri demi hatiku,
Yang menjerit sakit ini,
Lalu, ku tutup serapat-rapatnya
Hatiku ini buat sang teruna.

Namun, aku yakin ketentuan ilahi,
Suatu hari nanti, akan tertunai,
Segala perihku ini.








1 comment :

Unknown said...

Greeaaatessssttttttt!!!!