Di Universiti Indera Mulia(UIM), semua
graduan sedang meraikan kejayaan mereka yang telah tamat belajar dan juga yang akan
melangkah ke alam perkejaan. Di luar Dewan Sumbangsih, semua graduan dalam
program Ijazah Pengurusan Pelancongan, baru sahaja selesai mengambil gambar
sebagai kenang-kenangan.
Rina salah seorang daripada kelompok graduan tersebut baru sahaja
dinobatkan sebagai ‘Pelajar Cemerlang’ pada tahun ini. Dia hanya mampu membalas
ucapan tahniah daripada rakan-rakannya dengan senyuman yang dibuat-buat. Ibu
bapa Rina pelik melihat sikap Rina yang tidak begitu gembira dengan keputusan
itu tetapi mereka hanya berdiam diri kerana mereka tahu Rina bukan seorang anak
yang suka membebankan ibu bapa dengan masalah peribadinya dan mereka percaya
Rina pasti dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.
Selepas itu, Rina dan ibu bapanya terus pergi ke kafeteria yg terletak
tidak jauh dari dewan tersebut untuk menjamu selera selapas dipelawa oleh ayah
Rina, En.Rashid. Sementara emnikmati makanan, ibu dan ayah Rina sibuk berbual
mengenai sesuatu manakala Rina hanya membisu dan terus memikirkan mengenai Zack
yang menghilangkan diri, sedangkan Rina mesti berjumpa dengan Zack kerana ini saja
peluang yang ada untuknya melaksanakan perkara yang sepatutnya dia lakukan 4
tahun yang lalu.
Jam sudah menunjukkan tepat 5 petang, Rina dan ibu bapanya sudah sampai
di rumah yang disewa oleh Rina dan rakan-rakannya yang terletak tidak jauh dari
UIM. Mereka akan pulang ke Kuala Kangsar pada keesokan harinya.
Seusai solat maghrib dan isyak berjemaah, mereka pun keluar makan malam
bersama di Jusco. Ibu bapa Rina mahu berjalan-jalan di dalam Jusco tersebut
tetapi Rina tidak mahu ikut serta kerana dia mahu mengemas barang-barangnya
malam ini.
Waktu menghampiri jam 10 malam, Ibu bapa Rina masih belum pulang dari Jusco.
Rina berasa bosan duduk di rumah seorang diri kerana semua rakannya telah pulang
ke kampung halaman masing-masing. Jadi, dia pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar
di sekitar taman perumahan itu untuk mengambil angin dan menenangkan hatinya.
Pada malam itu, alam seperti memahami isi hatinya yg sedang risau
memikirkan mengenai Zack. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dan daun-daun pokok juga
turut menari memberikan sedikit ketenangan buatnya . Semasa Rina melintasi kedai
7eleven, tiba-tiba tekaknya berasa dahaga. Rina membuat keputusan untuk singgah sebentar
membeli air.
Semasa dia sedang mengambil air Tropicana Twister di peti ais di situ, tiba-tiba
ada seseorang datang dan terus mengambil air yang sama. Rina yang berasa
terkejut dgn tindakan itu terus memandang lelaki itu dan rupa-rupanya lelaki
itu ialah Zack!!!
ZACK : Hai, Rina....
RINA : Kau nie Zack buat orang terkejut
saja.(jawab dalam nada terkejut)
Sambil bersembang dengan Zack, Rina
berkata di dalam hatinya..(Ya Allah,terima kasih kerana Engkau telah
mempertemukan dia dengan hamba)
ZACK : Bukan kita selalu jumpa secara
mengejut macam ni ke?
RINA : Ye la, kau kan chipsmore... Sekejap
ade, sekejap hilang entah ke mana.
Selepas Zack dan Rina membayar minuman yang
dibeli tadi,mereka terus beredar dari situ dan berjalan bersama menuju ke rumah
Zack.Setelah sampai di hadapan rumah Zack, mereka pun duduk di kerusi batu di
luar pagar rumah Zack yang menghadap jalan raya. Kemudian, mereka terus berbual.
RINA : Dah lama kita tak lepak macam ni
kan..(bercakap sambil memandang bintang yang bertaburan di langit)
ZACK : Yalah... Orang dekat sebelah aku
ni sibuk memanjang. (bercakap dalam nada sindiran)
RINA : Bukan orang dekat sebelah aku ni
yang sibuk sangat dengan girlfriend dia ke?
ZACK : Okay la... Memang aku yang sibuk
dengan aktiviti tak rasmi aku tu....
RINA : Esok aku balik Kuala Kangsar...
(Suasana menjadi sepi seketika)
ZACK : Oh... Tapi susah la kita nak berjumpa
nanti...
RINA : Jangan risau, aku akan selalu
online nanti...
ZACK : Siaplah kalau kau tak online nanti...
Aku datang serbu rumah kau kat K.K!!! (berkata dlm nada gurauan)
RINA : Zack, aku nak cakap sesuatu ni...
Tapi aku harap kau tak marah sebab perkara ni agak peribadi...
ZACK : Sejak bila pulak kau suka cakap
pasal hal peribadi dengan aku ni... Kau buat aku seram jer....
RINA : Aku serius nie!!!
ZACK : Okey... Kau cakap la, aku tak
akan marah... Lagipun aku tak akan marah
kawan baik aku sendiri...
RINA : Sebenarnya aku tak berapa suka
bila kau bercinta lepas tu senang-senang sahaja putus... Aku tak nak kau
sakitkan hati perempuan lagi...(bercakap dlm nada perlahan)
(Zack menghela nafas panjang)
ZACK : Kau tak payah cakap pun aku dah
tau... Bila aku rapat dengan perempuan saja muka kau dah lain... Aku tahu itu bukan
sebab kau cemburu tapi sebab kau tak nak aku sakitkan hati perempuan lagi...
RINA : Maafkan aku sebab masuk campur hal
peribadi kau tapi selama ni kita sama-sama tak pernah bangkitkan hal ni sebab
tak nak sakitkan hati sesiapa...
ZACK : Rina, kau takkan faham...
RINA : Aku memang tak faham sebab kau
tak pernah cuba buat aku faham... Tolonglah Zack,aku dah tidak sanggup menunggu
lagi... Kita mungkin takkan dapat berjumpa lagi lepas ni..
Zack hanya membisu. Situasi mula menjadi
tegang.. Rina begitu kecewa dengan respon yang diberikan oleh Zack. Air mata
mula bergenang di kelopak mata Rina. Namun dia tetap berusaha untuk mendapatkan
kepastian dari Zack.
RINA:Aku cuma nak tahu kenapa kau
sanggup buat macam tu... Kalau betul kau anggap aku kawan kau...tak boleh ada
rahsia antara kita, Zack...(berkata dlm nada kecewa)
ZACK:Baiklah kalau betul kau nak tahu...
Sebenarnya aku pernah dikecewakan... Kau tak faham sebab kau tak pernah
dikecewakan, Rina!!!(Zack mula meniggikan suara)
RINA:Siapa cakap aku tak pernah
dikecewakan? Walau apa pun alasannya, kau tak sepatutnya buat begitu.(air mata
mula mengalir di pipi Rina)
ZACK:Kau tak pernah cakap pun yang kau
pernah bercinta?
RINA:Sebab aku nak lupakan detik hitam
itu dari hidup aku. Zack,kalau perempuan itu memang bersalah pada kau... Jangan
kau lemparkan kemarahan kau terhadap dia pada orang lain yang tak bersalah....(cuba
menahan sebak didada)
ZACK:Tapi semua perempuan sama saja...
Kenapa aku, kenapa mesti aku yang dikecewakan??(Zack terus berdiri)
RINA:Kalau macam tu kenapa kau tak pernah
sakitkan hati aku? (Rina juga terus berdiri dan menghadap Zack)
ZACK:Sebab.... Aku sendiri pun tak tahu...
Mungkin sebab kau kawan baik aku, bukannya girlfriend aku.(Zack cuba menberi alasan)
RINA:Zack, cinta itu anugerah Allah
S.W.T yg tidak ternilai... Tidak dapat dibeli dengan duit dan tidak dapat
diganti dengan apa jua yang ada di dunia ini...(cuba menenangkan keadaan)
Zack hanya membisu dan mendengar apa yang
Rina cuba terangkan, dia tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan.
RINA:Tak ada apa yang salah mengenai
cinta tapi manusia itu sendiri yang telah mencemarkan makna cinta yang sebenarnya.
Zack, janganlah kau menyalahkan takdir atas apa yang pernah berlaku antara kau
dengan dia...
ZACK:Aku..(belum sempat Zack menghabis
ayatnya Rina mencelah)
RINA:Sampai bila kau nak terus
berdendam, Zack?? Menyimpan dendam ibarat menyimpan pisang yang telah busuk...Aku
tidak mahu hati kau turut manjadi busuk seperti pisang itu...
ZACK:(KDH)Rina, kenapa baru sekarang kau
mahu mengatakan semua ni. Semuanya sudah terlambat, Rina.
RINA:Kau tak pernah puas walaupun kau
dah balas dendam pada banyak perempuan kan, Zack? Biarkanlah perasaan itu
menglir seperti air yang tenang kerana semakin kau cuba untuk mencari kesalahan
orang lain, hati kau akan berasa lebih sakit...
Zack masih berdiam, namun Rina tetap
tidak putus asa untuk menyakinkan Zack.
RINA:Cinta itu akan menjadi indah jika
dicorakkan dengan kejujuran dan keikhlasan... Tetapi jika cinta itu disulami dengan
kebohangan dan kecuranagan maka ia akan sangat menyakitkan. Percayalah pada
ketentuan Allah S.W.T. Dia pasti telah menentukan orang yang lebih baik untuk
kau.
ZACK:Rina, hati aku benar-benar telah
hancur. Semuanya telah terlambat Rina..(berkata dlm nada kecewa)
RINA:Aku memang boleh berkata apa saja,
tapi aku tak boleh ubah diri kau kerana hanya kau yang boleh ubah diri kau
sendiri... Aku harap kau fikirkan tentang apa yang aku katakan... Manusia itu
memang susah untuk berubah tapi ianya tak mustahil jika kita bersungguh-sungguh
untuk berubah...
Zack hanya berdiam. Akhirnya, Rina telah
berjaya melaksanakan perkara yang sepatutnya dilakukan 4 tahun lalu, iaitu
sewaktu kali pertama dia mengenali Zack.
RINA:Aku katakan semua itu kerana kau
kawan aku. Assalamualaikum, Zack...(selepas itu Rina terus beredar dari situ).
Sewaktu Rina tiba di rumah kebetulan pula Ibu dan ayah Rina juga baru
pulang dari Jusco. En.Rashid dan Pn.Watie agak hairan melihat sikap Rina yang
seperti baru lepas menangis tetapi mereka tidak berkata apa-apa kerana mereka
tidak mahu masuk campur urusan anak mereka.
X
X X X
X X X
X X X
X X X X
X X
Di rumah sewa Rina keadaan pagi itu seperti biasa, Pn.Watie menyediakan
sarapan manakala En.Rashid dan Rina pula memasukkan barang-barang mereka ke dalam
kereta. Selepas itu mereka bersarapan bersama dan tepat pukul 9 pagi mereka
bertolak pulang ke Kuala Kangsar.
Lebih kurang jam 10 pagi mereka tiba di Kuala Kangsar. Apabila sampai
saja di rumah, Rina tersenyum dan kelihatan begitu gembira kerana akhirnya
setelah 4 tahun dia di UIM kini dia dapat melepaskan segala kerinduannya kepada
kampung halamanya yg telah lama ditinggalkan itu.
Sementara itu, di rumah sewa Zack, dia yang baru bangun dari tidur
kerana lewat tidur semalam terus membuka komputer ribanya selepas mandi.
Memang itulah tabiat dia setiap pagi... Suka menyapa kawan-kawannya pada
awal pagi di Facebook. Sebelum dia membuka Facebooknya dia akan check akuan emailnya
utk memastikan jika ada sebarang e-mail dari ayahnya di London.
Semasa dia memeriksa akaun emailnya,terdapat satu email untuknya dan ternyata
email itu daripada Rina.
Assalamualaikum,Zack...
Pertama
sekali, aku ingin meminta maaf atas kejadian semalam. Aku harap kau faham apa
sebenarnya yang aku mahu sampaikan kepada kau.
Sebenarnya aku akan mula bertugas di Pulau
Pangkor sebagai Pengurus Pelancongan disini pada bulan depan. Maaf kerana aku
tidak dapat memberi tahu kau perkara ini lebih awal kerana aku terlalu sibuk
menguruskan proses permohonan untuk bekerja disini bersama Prof. Mahani.
Aku
harap kita akan tetap menjadi sahabat walaupun kau akan bekerja di Kuala Lumpur
dan aku di Pulau Pangkor. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kau kerana
sudi menjadi sahabat aku walaupun kehidupan kita jauh berbeza seperti langit dan bumi. Aku juga amat
menghargai segala pertolongan kau selama ini.
Sebelum aku akhiri email ni, aku ada
pesanan istimewa untuk kau... Aku harap kau akan ingat pesanan ni buat
selamanya...
CINTA merupakan hadiah Allah S.W.T. kepada
manusia. Suatu hadiah yang tidak ternilai harganya. Namun CINTA boleh menjadi
hadiah yang tidak ada harga langsung, apabila manusia salah menggunakannya. CINTA
yang tertinggi itu ialah CINTA kepada Allah S.W.T. Daripada CINTA kepada Allah
maka berbuahlah CINTA kita kapada yang lain.
Jika asas CINTA kita kepada yang lain
ialah Allah maka CINTA kita kepada yang lain itu akan menjadi CINTA yang utuh,s
ejati lagi bermakna. Jangan pernah berhenti mencari CINTA SEJATI kerana kita semua
telah diciptakan berpasang-pasangan.
Jangan sesekali persiakan CINTA SEJATI
kerana ia hanya datang sekali maka hargailah ia selagi kita masih mampu
memilikinya kerana manusia hanya tahu menghargai sesuatu apabila kita
kehilangan ia.
Cintailah
dia kerana Allah,
Sayangilah
dia seluruh jiwamu,
Rinduilah
dia dalam hatimu,
kenanglah
dia dlm setiap doamu,
Tanpa
senyumannya hilanglah seri dlm dirimu,
Tanpa
tawanya harimu tidak sempurna seperti dulu,
Tanpa
dia disisi hidupmu suram tanpa pelangi,
Ini
semua kerana kau amat mencintai dia....
Carilah
dia yg dapat membuat kau tidak keruan seperti itu Zack. Aku akan sentiasa mendoakan
kejayaan kau dalam menerajui syarikat ayah kau dan dalam perjalanan kau mencari
cinta sejati. Semoga Berjaya, Zack.
Sahabatmu,
Rina
Zack benar-benar terkejut mengenai perkhabaran yang Rina akan bekerja di
Pulau Pangkor. Zack menyesal kerana dia telah memarahi Rina semalam tapi apa pun
sekarang dia tidak dapat bertemu dengan Rina lagi.
Esok dia akan pergi ke Kuala Lumpur kerana semalam ayahnya telah
menghantar email yang menyatakan bahawa ayahnya akan pulang dari London esok. Jadi
dia mesti menjemput ayahnya di KLIA.
Zack juga belum tentu akan memulakan pekerjaannya di Kuala Lumpur kerana
dia mungkin akan menyambung pelajarannya di luar negara,s egala bergantung kepada
keputusan ayahnya.
X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
Sebulan kemudian...
Di Kuala Kangsar, hari ini sekali lagi Rina akan meninggalkan kampung
halamannya tapi kali ini untuk bekerja di Pulau Pangkor.
Setelah semua perkara selesai mereka
bertolak ke Lumut dan lebih kurang 3 jam kemudian mereka pun sampai di Jeti
Pulau Pangkor. Seterusnya Rina menaiki bot untuk sampai di Teluk Dalam, Pulau
Pangkor.
Sementara itu, di Kuala Lumpur Zack dan
keluarganya berada di KLIA utk menghantar Zack pergi menyambung pelajarannya di
Melbourne,Australia dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan untuk program
Master. Dia akan belajar disana selama 4 tahun.
Setelah 15 minit menunggu, pengumuman untuk penerbangan ke Melbourne pun
bergema. Zack terus bersalaman dengan ibu bapanya dan berangkat ke balai
berlepas untuk menaiki pernebangan yang telah jadualkan.
X X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
Hampir setahun telah berlalu dan selama itu jugalah Zack dan Rina tidak
berhubung kerana halangan tugas dan masa yang berbeza.
Di Melbourne, semasa Zack sedang berjalan-jalan
di sekitar bandar, dia ternampak seorang lelaki dan perempuan sedang belajar
bersama-sama di taman persiaran itu. Tiba-tiba dia teringat akan kenangan dia bersama
Rina ketika di UIM dulu.
Kemudian dia duduk di kerusi panjang yang berhadapan dengan tasik di
taman itu dan membuka komputer ribanya. Dia memainkan lagu ‘Bila Terasa Rindu’
nyanyian Dafi seterusnya dia melihat semula gambar-gambar kenangan ketika di
UIM dulu.
Apabila tiba di gambar dia dan Rina ketika bermain badminton bersama-sama
dulu, entah mengapa Zack berhenti dan menatap gambar itu. Perasaan yang aneh
dan tidak pernah dirasakan sebelum ini, tiba-tiba datang nenerjah hati Zack dan
kali ini perasaan itu semakin kuat. Kemudian dia teringat semula kata-kata Rina
di dalam emailnya.
Saat itu dia sedar... ‘Rina kaulah
perempuan yang berjaya membuatkan aku tidak keruan itu, Rina aku mencintaimu
dan aku amat merinduimu!!!’
Sementara itu,di Pulau Pangkor...
Rina yang sedang sibuk menyiapkan laporan dalam pejabatnya, tiba-tiba
tersedak kerana namanya di panggil oleh Zack.
RINA:Siapa pula yang sebut nama aku ni...
Selepas dia menyiapkan laporan itu, jam sudah menghampiri 5 petang dan dia terus menghantar laporan
tersebut kepada Pengurus Besar di syarikat itu, Encik Rizal.
RINA:En.Rizal, ini laporannya.(berkata
sambil menyerahkan fail kepada En.Rizal)
EN.RIZAL:Terima kasih, awak terus balik
ke lepas ni?
RINA:Ya, En.Rizal.
EN.RIZAL:Awak free tak malam ni, saya
ingat nak ajak awak dinner dengan Maya sekali...
RINA:Boleh,tapi ada apa-apa ke bos?
EN.RIZAL:Saja nak belanja, awak dan Maya
kan dah berjaya handle kes pelancong Inggeris mengamuk hari tu..
X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
Di Teluk Dalam Resort, tepat pada pukul
8.30 malam....
Encik Rizal sedang menuggu ketibaan Rina dan Maya di Cafe Mentari. Beberapa
minit kemudian, Rina datang dan terus menyapa Encik Rizal.
RINA:Assalamualaikum,E ncik...(lalu
duduk di hadapan En.Rizal)
EN.RIZAL:Waalaikummusalam. Mana Maya?
RINA:Dia kirim salam dan dia minta maaf
sangat sebab tak dapat datang... Katanya ada emergency...
EN.RIZAL:Oh, kalau macam tu kita berdua
sajalah makan...
RINA:Saya ikut En.Rizal saja...
Selepas itu Encik Rizal memesan makanan dan mereka menjamu selera. Semasa
Rina mengambil sos, secara tidak sengaja En.Rizal juga mengambil sos tersebut
dan tangan mereka bersentuhan. Kedua-dua mereka kelihatan malu dengan kejadian
itu.
EN.RIZAL: ‘Aku tak pernah tengok Rina
tersipu malu seperti itu, dia kelihatan manis sekali. Selama ni dia cantik juga
tapi kenapa aku tak pernah perasan. Kenapa tiba-tiba aku berdebar-debar ni. Tak
mungkin aku jatuh cinta pada dia, itu tak mungkin.’
Setelah mereka selesai makan malam bersama, En.Rizal mengajak Rina
berjalan-jalan di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan berbual-bual.
EN.RIZAL:Awak pernah bercinta??
RINA: Kenapa En.Rizal tiba-tiba tanya
saya soalan ni??
EN.RIZAL:Saja.. Sebelum ni kita cuma
kenal sebagai rakan setugas, apa kata malam ni kita kenal antara satu sama lain
sebagai kawan pula..
RINA:Oh, saya pernah bercinta tapi cinta
monyet sajalah... En.Rizal pulak??
EN.RIZAL:Awak tak pernah dengar gosip
cinta saya di pejabat?
RINA:Jadi betullah yg En.Rizal pernah
dikecewakan dan tak mahu bercinta lagi... Senang kata En.Rizal ni fobia cinta.
EN.RIZAL:Ya, semuanya betul. Apa erti
cinta sejati pada awak?
RINA:Cinta itu anugerah Allah S.W.T. yang
tidak ternilai,c inta sejati ialah cinta yang berasaskan daripada cinta kepada
Allah S.W.T. dan berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan hati menerima
seseorang itu dengan seadanya. Itu pada pendapat saya saja...
EN.RIZAL:Entahlaa, kadang-kadang saya
rasa cinta sejati dah tak wujud sekarang...(mengeluh)
RINA:Sebenarnya bukan tak wujud tapi
sukar di temui kerana erti cinta sekarang hanya berlandaskan harta dan rupa
paras...
EN.RIZAL:Betul tu, tambah lagi macam
saya ni...
RINA:Percayalah suatu hari nanti pasti
akn hadir seorang wanita yg mencintai En.Rizal bukan kerana En.Rizal anak Tan
Sri dan saya harap En.Rizal tak buta untuk melihat keikhlasan wanita itu...
EN.RIZAL:Apa maksud awak??
RINA:Kadang-kadang kita tak perasan, orang
yang kita cari selama ini hanya berada di depan kita dan kadang-kadang kita tak
sedar yang sebenarnya kita sangat mencintai orang tu...
EN.RIZAL:Betul tu, memang fitrah manusia
begitu...
RINA:Saya harap En.Rizal akan hargai
cinta itu apabila ia hadir nanti kerana cinta itu milik Allah....
EN.RIZAL:Saya akan sentiasa ingat
kata-kata awak tu...
Setelah jam menunjukkan pukul 10 malam, mereka pun beredar dan pulang ke
rumah masing-masing. Sejak itu mereka menjadi semakin rapat.
X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
4 Tahun telah berlalu...
Di KLIA,Zack sedang menunggu kedatangan pemandunya.. Sambil itu, dia berkata di dalam hatinya...’Akhirnaya
dapat juga aku menghirup semula udara di Malaysia yang aku sangat rindui. Tapi
yang paling penting aku mesti melaksanakan tugas yang telah 4 tahun
tertangguh.’
Rina, aku cintakan kau dan aku ingin
meluahkan perasaan aku kepada kau dan bukan untuk mendapatkan kau kembali... Tapi
aku tak boleh menipu diri aku yang sebenrnya aku memang ingin bersama kau. Tapi
kalau aku memang sudah terlambat aku akan undur diri kerana aku pasti lelaki
itu lebih layak dari aku.
Selepas sampai di rumah, Zack terus
meminta cuti sebulan untuk melancong ke Pulau Pangkor. Ayah Zack bersetuju dengan
permintaan Zack tetapi Zack mesti mula bekerja sebaik saja selesai bercuti dan
dia mesti menyelesaikan semua perkara yang belum selesai dalam tempoh sebulan.
X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
Zack yang memandu kereta Mazda RX-8 berwarna biru metalit singgah
sebentar di R&R Sungai Perak untuk mengisi perut yang lapar sebelum
meneruskan perjalanan untuk ke Pulau Pangkor.
Setelah 2 jam memandu, akhirnya Zack tiba di Jeti Lumut dan terus
menaiki bot untuk ke Teluk Dalam, Pulau Pangkor. Sebaik sahaja sampai di sana
Zack terus pergi ke Teluk Dalam Resort untuk menempah bilik dan dia terus
berehat kerana keletihan. Esok dia akan memulakan misi yang telah tertangguh
selama 4 tahun.
Keesokkan harinya, di bilik Zack...
Seperti biasa dia pasti akan membuka
komputer ribanya untuk berchatting di facebook. Tetapi kali ini dia
mempunyai tujuan yang berbeza iaitu menyelidik mengenai Rina.
Leganya hati aku, nasib baik status Rina masih lagi single... Tapi mungkin
Rina ada suka seseorang. Tak mengapa, yang penting sekarang ni aku dah tau Rina
bekerja di mana... Elok aku tanya orang kat sini mana Pejabat Syarikat Mercu
Holding.
Selepas bersiap, dia terus keluar dari
bilik dan bertanya kepada penyambut tetamu di Resort itu. Selepas mendapat
alamat yang dikehendaki, Zack terus menuju ke tempat yang tertulis di dalam
alamat tersebut.
Di Bangunan Syarikat Mercu Holding....
ZACK:Cik, saya nak buat tempahan pakej
pelancongan di syarikat ni...
MAYA:Baiklah,Encik ada buat
appointment??
Zack:Belum...
MAYA:Kalau macam tu, bagi saya nama
Encik...
ZACK:Mohammad Zakuan bin Tan Sri Musa...
MAYA:KDH(klien besar nie, nampaknya Cik
Rina yang kena uruskan) Encik, tunggu sebentar sekejap lagi Pengurus kami akan
berjumpa dengan Encik...
Selepas itu, Zack terus pergi menuggu di Ruangan Bertemu Pelanggan. Sementara
itu, Maya yang bertugas sebagai penyambut tetamu di syarikat tersebut terus
menelefon Rina supaya berjumpa dengan Zack.
Di Ruangan Bertemu Pelanggan...
RINA:Ya, Encik apa yang boleh saya
bantu??(sambil duduk di hadapan Zack)
ZACK:Ya, sudah tentu..
Rina begitu terkejut apabila melihat Zack. Lidahnya seolah-olah membeku.
‘Aku ni mimpi ke apa, tiba-tiba je jumpa dgn Zack??? Betul ke orang yang berada
di depan aku ni Zack?’
ZACK: ‘Dia ni kenapa?’ Rina, Rina kau
okey ke tak? (berkata sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Rina)
RINA:Ya.. Aku dengar ni...(cuba
menenangkan dirinya yg terkejut)
ZACK:Oh, baguslah.. Aku ingatkan
kenapalah tadi...
RINA:Bila kau balik dari Australia?
Kenapa tak bagi tahu dulu nak datang?(berkata dlm nada teruja)
ZACK:Panjang ceritanya....
Mereka terus bersembang. Selepas Rina selesai menerangkan tentang pakej
pelancongan yang disediakan oleh syarikatnya, Zack terus kembali ke hotel dan
Rina menyambung semula kerjanya.
X
X X X
X X X
X X X
X X X
X X
Pada pukul 8 malam, di Cafe Mentari
Teluk Dalam Resort...
Rizal dan Rina sedang makan malam
bersama....
EN.RIZAL:Saya dengar ada pelangan besar
tadi???
RINA:Ya, tadi ada anak Tan Sri nak
tempah pakej pelancongan dari syarikat kita....
EN.RIZAL:Kalau awak yang handle mesti
dapat...
RINA:Alhamdulilah, semuanya berjalan
lancar...
EN.RIZAL:Maaf Rina, kalau saye nak cakap
pasal peribadi saya harap awak tak kisah...
RINA:Cakaplah..
EN.RIZAL:Awak masih single ke?
RINA:Ya, Encik Rizal... Siapalah yang
nakkan saya ni...
EN.RIZAL:Entah-entah awak yang memilih
sangat kot???
RINA:Mane ada....
EN.RIZAL:Sebenarnya saya nak bagitau
awak yang saya dah jumpa cinta sejati yang saya cari selama ni....
RINA:Baguslah tu tapi awak kena ingat
apa yang saya pesan dulu.. Siapalah orang yang bertuah tu?
EN.RIZAL:Dia bukanlah cantik sangat tapi
bila lihat senyuman manis dia, mendengar tutur kata dia yang ayu dan sopan,
bila tengok dia ada dekat depan saya sekarang ni, saya yakin saya mencintai
dia....(berkata sambil memandang tepat ke arah Rina)
RINA:Apa maksud Encik Rizal ni???
EN.RIZAL:Saya cintakan awak, Rina.(berkata
sambil memandang mata Rina)
RINA:Erm..saya..saya..(lidahnya terasa
kelu utk menjawab soalan itu)
EN.RIZAL:Saya tak perlukan jawapannya
sekarang, Rina...
Rina tidak menjawab dan hanya tersenyum
dengan kata-kata En.Rizal.
EN.RIZAL:Tapi saya ada satu permintaan, harap
awak boleh tunaikan...
RINA:Ape dia???
EN.RIZAL:Boleh tak kalau lepas ni awak
tak payah berencik-encik dengan saya lagi... Panggil saja nama saya...
RINA:Boleh tapi rasanya saya kena
praktis dulu kot...
EN.RIZAL:Nanti saya tolong awak..
RINA:Terima kasih,Encik... Eh, silap
pulak! Rizal...
Mereka berdua terus berbual. Apabila jam menunjukkan tepat pukul 9,
mereka berdua beredar dari Cafe Mentari.
Semasa Rina sedang menuju ke pintu keluar tiba-tiba dia ditegur oleh
seseorang.
ZACK:Hai,l ajunya jalan...
RINA:Eh... Zack rupanya...
ZACK:Boleh kau teman aku jalan-jalan kat
tepi pantai, kita boleh sembang sekali??
RINA:Tentu la boleh...
Mereka berdua terus menuju ke tepi pantai.Sambil berjalan mereka berdua
berbual.
ZACK:Tak sangka dah 4 tahun kita tak
jumpa... kau makin cantiklah sekarang...
RINA:Yakah? Kau tu pun apa kurangnya,
tapi thanks sebab puji aku.(berkata sambil tersenyum)
ZACK:Aku sebenarnya nak minta maaf atas
sikap aku dulu terhadap kau...
RINA:Aku dah lama lupakan semua tu..
Lagi pun aku tahu aku siapa dan kau siapa...
ZACK:Rina... Terima kasih banyak-banyak
sebab marah aku malam tu... Kalau bukan kerana kau mesti aku tak faham apa erti
cinta sampailah sekarang...(berkata sambil memandang wajah Rina)
RINA:Maksudnya kau dah jumpa cinta
sejati kau? (berkata dlm nada teruja)
ZACK:Tanpa senyumanmu hilanglah seri dalam
diriku, tanpa tawamu hariku tak sempurna seperti dulu, tanpa kau disisi hidupku
suram tanpa pelangi dan ini semua kerana aku amat mencintai kau, Rina...(berkata
sambil memandang tepat ke mata Rina)
RINA:(KDH) ‘Betul ke apa yang aku dengar
ni? Tapi kenapa baru sekarang kau nak cakap semua ni, Zack? Kenapa sekarang?’
ZACK:Aku minta maaf sebab aku tak pernah
hargai kau dulu.. Tapi aku betul-betul bodoh sebab tak pernah perasan yang aku cintakan
kau... Aku tak perlukan jawapan kau Rina, cukuplah kau tahu yang aku
betul-betul cintakan kau..
Selepas Rina mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Zack, kakinya
tiba-tiba berhenti berjalan. Lututnya terasa begitu lemah dan akhirnya dia
terus terduduk di atas pasir. Zack juga menuruti perbuatan Rina dan duduk
disebelah Rina.
ZACK:Rina, kau ingat lagi tak malam yang
kau marah-marah aku tu? Kita duduk macam ni lah... Sambil tengok
bintang-bintang tapi sekarang ni lagi best sbb dapat dengar desiran ombak yang
menghempas pantai dan rasa angin yang betul-betul menenangkan hati ni...
Setelah mendengar kata-kata Zack hati Rina bertambah sedih dan tanpa
disedari air mata mula mengalir di pipinya.
ZACK:Kenapa kau menangis ni, Rina?(berkata
dlm nada memujuk sambil memandang Rina)
RINA:Kenapa baru sekarang kau nak bagi
tahu aku semua ni?Kenapa bukan dulu?(berkata dlm nada esakkan sambil memandang
Zack)
ZACK:Aku tahu aku salah, Rina tapi aku
balik sini untuk luahkan perasaan aku pada kau bukan untuk merampas kau dari
sapa-sapa...
RINA:Ape yang kau cakap ni?(berkata
sambil mengelap airmata di pipinya)
ZACK:Kalau aku memang dah terlambat untuk
memiliki kau.. Aku takkan paksa kau untuk terima aku... Kau janganlah risau, Rina...
RINA:Aku tak tahu, Zack... Aku keliru...
Pada masa yang sama Rizal yang sedang mencari Rina di Mentari Cafe
selepas menerima panggilan oleh Maya yang merupakan rakan serumah Rina yang risaukan Rina yang
masih belum pulang akhirnya bertemu dengan Rina dan Zack di tepi pantai.
EN.RIZAL:Maaf mengganggu... Boleh saya
jumpa dengan Rina sekejap...
RINA:Eh, Rizal... Kenalkan, ni kawan
saya dari KL... Sebenarnya dialah klien baru yang saya jumpa di office petang
tadi..(menyambut sapaan itu sambil mengelap pipinya jika masih ade air mata yg
tertinggal)
EN.RIZAL:Oh... Nama saya Rizal... Saya majikan
kepada Rina.(berkata sambil bersalaman dgn Zack)
ZACK:Saya Zakuan tapi boleh panggil saya
Zack...
RINA:Kenapa Rizal, tadi awak nak jumpa
saya kan?
EN.RIZAL:Saya nak bagi tahu yang Maya
risaukan awak, jadi lebih baik awak call dia sekarang...
RINA:Kalau macam tu saya call Maya
sekejap..(berkata sambil mengambil handset dan terus menelefon Maya)
Sementara Rina menelefon Maya, Zack dan
Rizal berbual-bual.
RIZAL:Kau ni kawan kolej Rina ke?
ZACK:Ya.. Kalau aku tanya sikit boleh?
EN.RIZAL:Tanyalah, apa dia?
ZACK:kau ni boyfriend Rina ke?
EN.RIZAL:Tak adalah... Tapi kami berdua
memang rapat..
ZACK:Tapi kau suka dia kan.. Kau tak payahlah
berdalih dengan aku...
EN.RIZAL:Memang betul tapi macam mana
kau boleh tahu??
ZACK:Aku pun lelaki juga mestilah aku tahu...
RINA:Rancak bersembang korang berdua
ni...
EN.RIZAL:Takda apa-apa, berbual kosong
saja....
ZACK:Rina aku balik dulu ya... Aku tak
nak kacau kalian berdua...
RINA:Apa kau cakap ni, Zack?
ZACK:Kan aku dah bagitau tadi apa tujuan
aku datang sini, Rizal tolong jaga Rina untuk aku ya...(berkata sambil memegang
bahu Rizal)
RINA:Tapi... Saya...(hatinya menjerit
utk mengatakan sesuatu agar Zack x beredar dari situ tetapi lidahnya kelu)
EN.RIZAL:Zack aku rasa kau salah faham
ni... Memang aku cintakan Rina tapi dia tak buat apa-apa keputusan lagi...
ZACK:Rizal aku tak layak untuk Rina, kau
memang sepadan dengan dia... Lagipun aku dah terlambat... Aku tak nak jadi
penghalang cinta kalian...
Sementara itu, Rina semakin keliru. Hatinya bertambah sedih apabila
mendengar kata-kata Zack. Kelihatan Zack begitu ikhlas mencintai dia manakala
Rizal pula begitu setia menunggu Rina selama 4 tahun ini. Semua ini membuatkan
Rina berasa serba salah.
EN.RIZAL:Zack, kau dah kenal Rina selama
8 tahun... Aku pasti kau lebih memahami dia...
ZACK:Rina perlukan lelaki yang boleh
menghargai dia tak kira senang atau susah dan kaulah orang tu Rizal... Rina kau
tak payahlah paksa diri kau untuk memilih salah seorang daripada kami... Yakinlah
pada Rizal kerana dialah cinta sejati kau...
Rizal dan Rina hanya berdiam, mereka cuba memikirkan apa yang dikatakan
oleh Zack. Kemudian Rizal memandang Rina dan kelihatan air jernih mengalir
sekali lagi di pipinya.
EN.RIZAL:Rina awak pernah bagitau saya, jangan
persiakan cinta sejati kerana ia hanya datang sekali... Mungkin awak dan Zack telah
melakukan kesilapan 4 tahun dulu dan sekarang saya tak nak awak ulangi lagi
kesilapan itu...
Zack hanya membisu manakala air mata Rina semakin deras mengalir di
pipinya. Mereka saling perpandangan dan pada masa yang sama muncul kembali
semua kenangan mereka semasa bersama dulu.
EN.RIZAL:Zack, Rina cintakan kau, cuma keadaan
memaksa dia agar melupakan kau dan kini aku nak kau laksanakan perkara yang kau
patut buat 4 tahun lalu...
Rizal bersalaman dan memegang tangan Zack dengan erat ketika itu dia
berkata...
EN.RIZAL:Tolong bahagiakan, Rina... Dia
dah terlalu lama menanti untuk dicintai..(kemudian mereka berpelukkan dan itu
bermaksud Rizal menyerahkan Rina kpd Zack)
Selepas itu, Rizal terus beredar dan semasa dalam perjalanan dia berkata
di dalam hatinya.... Rina terima kasih sebab mengajar aku erti cinta yang
sebenar....aku lakukan semua ini kerana aku ingin melihat kau bahagia bersama
orang yang kau cintai.
Zack perlahan-lahan mendekati Rina yang dari tadi duduk di atas pasir. Kemudian
dia duduk di sebelah Rina.
ZACK:Rina, tolong maafkan saya... Saya
memang bodoh sangat dulu...
RINA:Kenapa, kenapa? Kenapalah awak bodoh
sangat dulu?(berkata sambil memukul-mukul badan Zack)
ZACK:Awak boleh pukul saya berapa banyak
kali awak nak tapi tolonglah maafkan saya???(berkata sambil memandang tepat
kearah mata Rina yg masih bergenang dgn air mata)
RINA:I love you,Wo Ai Ni,saranghae, saya
cintakan awak Zack...(Rina terus berdiri dan menjerit kata-kata tersebut dgn
kuat)
ZACK:Rina, saya janji takkan tinggalkan
awak lagi...
(Epilog)
Seminggu kemudian di Pejabat Encik
Rizal....
MAYA:Assalamualaikum, boleh saya
masuk???(berkata selepas mengetuk pintu)
EN.RIZAL:Masuk... Awak tak pergi lunch
lagi ke Maya???
MAYA:Sebenarnya saya yang patut tanya
soalan tu pada Encik Rizal...
EN.RIZAL:Saya tak ada teman nak
keluar... Rina kan dah ada boyfriend... Terpaksalah saya lunch seorang diri...
MAYA:Jangan sedih bos, nanti saya
carikan calon yang baru...
EN.RIZAL:Tak payahlah awak susah-susah
nak carikan untuk saya...
MAYA:Buang masa sajalah saya cuba
rapatkan Encik Rizal dengan Rina dulu..(alamak terlepas cakap pulak)
EN.RIZAL:Apa awak cakap tadi... Baik
awak terus terang dgn saya!!!
MAYA:Sebenarnya pada malam bos ajak saya
dengan Rina keluar makan... Saya sengaja tak nak datang supaya bos boleh rapat
dengan Rina... Maaf bos,saya cuma kesian tengok bos tak ada teman...(berkata
sambil menundukkan kepala)
EN.RIZAL:Tak mengapa sebab sekarang ni
saya dah jumpa calon yang sesuai... Dia selalu ambil berat pasal saya dan yang
penting sekali dia tak pernah fikir harta saya...
MAYA: Siapa dia, bos???(berkata dlm nada
teruja)
EN.RIZAL:Nama dia Maya Emylia bt. Noor
Hisyam....

No comments :
Post a Comment